09 August 2011

bunyi bising menggangu kita pabila membaca

assalamualaikum . alhamdulillah , dapat jugak idea nak buat post pasal apa . setelah sekian lama berfikir nak buat post tajuk apa , akhirnya dapat jugak selepas bw ke beberapa puluh blog . "bertuah betul blog yang saya telah kunjungi . *sila gembira "

berbalik pada tajuk . . pernah tak anda rasa terganggu apabila bunyi bising menerjah ke telinga ketika anda sedang membaca sesuatu ? apakah bahan bacaan yang anda baca itu menyebabkan anda perlu berfikir ? jika ya , maka anda terganggu . ok , kebiasaannya , saya memang akan rasa terganggu lagi2lah kalau orang tengah bising/bercakap dalam nada yang agak kuat waktu saya tengah baca sautun nahdhah dan buku2 yang ada kaitan dengan kebangkitan pemikiran .

tapi , kalau bunyi bising waktu saya tengah baca bahan bacaan yang santai2 or yang biasa2 (yang tak de point penting) memang saya rasa macam biasa je . kadang kala tumpuan kita akan terganggu pabila bunyi alunan muzik/lagu yang kuat dengan irama yang agak ganas/memekik ke telinga/ tak best/tak damai dan menyebabkan kita marah tatkala membaca . fuh ! *ada hamba Allah yang tak suka lagu2 dipasang dalam blog . 


bunyi bising tak semestinya terlampau kuat , kadang kuat sikit pun dah boleh buat kita tak senang . nak membaca pun tak masuk dalam otak . lepas tu , ada manusia yang terus dah tak nak baca . ada jugak yang tetap nak baca sebab nak dapat ilmu . mood manusia tu berubah2 . tapi , yang paling bagusnya manusia yang langsung buat tak tau , sama ada ada bunyi bising atau tak .

saya lagilah , dalam kelas terlampau bising . dah la nak belajar , macam tak boleh nak fokus dah .  nak marah , nanti kena sound balik . ish3 . . akhirnya , terpaksalah buat tak tau apa yang terjadi dalam kelas . macam tak de bunyi pun , tetap teguh untuk dapat ilmu ! :)

satu hal lagi , dalam kelas saya pun ada manusia yang suka beno menyanyi . ingat suara dia tu sedap sangat ke nak nyanyi kuat2 ?! hei , orang nak belajar la !!

kesimpulan : jangan buat bising waktu orang lain tengah membaca dan belajar . nak bising , pergi kat tempat yang luas dan tak de orang kat situ .
Share:

07 August 2011

Revolusi Hari Ini (part 1)

“dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu)”.
[TMQ Al Baqarah (2) : 204].

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman akan melihat dosa-dosanya seolah-olah dia berdiri di bawah gunung. Dia takut (dosa itu) jatuh menimpanya. Sedangkan orang-orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang menghampiri hidungnya, kemudian ia berkata mengenai dosanya, “ Seperti inikah?” Abu Syihab berkata dengan tangannya yang diletakkan di atas hidungnya” [HR al-Bukhari].
Share:

Chat with me