28 November 2010

Melayu,Oh Melayu!Apa nak jadi ?

Assalamualaikum kawan2 . Sebelum ana menulis entry ni , tolong jangan terasa tau .

Mana lebih mulia , melayu atau Islam ? UMNO2..Ish3..Kenapa nak suruh orang lain agung2kan melayu hah ? ! Kenapa tak suruh orang agung2kan Islam ?! Islam itu lebih mulia daripada melayu . Kalau Islam tak ada , melayu tak akan mulia .

UMNO2 . . Kalian nak agung2kan melayu , tapi Islam itu sendiri kalian tak perjuangkan dan sistem Islam kalian campak jauh2 . Ish3 . . UMNO2 . . Sudahlah . . Janganlah nak tambahkan lagi pemikiran kufur ke dalam benak pemikiran umat !

Ingat ye , bangsa Melayu mulia dengan Islam ! Bukan bangsa Melayu mulia tanpa Islam ! Hanya dengan Islamlah sesuatu bangsa akan mulia dan hanya dengan Islamlah kita akan masuk syurga .

Azab Allah amat pedih bagi manusia yang membuang Islam jauh2 . Oleh itu , muhasabahlah diri dan bertaubatlah dengan segera .

Asobiyyah , adalah haram . Kerana ia bertentangan dengan Islam dan sama sekali tidak ada dalam Islam . Sesuatu yang hukumnya haram , tetap haram ! ( ini bukan darurat .  darurat adalah sesuatu yg blh menyebabkan kematian ) .

Lihatlah sejarah Islam , tanah Melayu pernah dinaungi Islam . Dan ketika itu , bangsa melayu sangat mulia kerana mereka mengambil Islam sebagai deen dan sistem hidup mereka . Sedangkan sekarang ini , melayu sudah kembali mundur dan bangsa melayu hanya mengambil Islam sebagai agama , tidak pula sebagai  sistemnya .

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (Ali Imran [3] : 102) 
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.(Ali Imran [3] : 103)

Komen dan kata2 anda amatlah dialu2kan .  :) :)
Komenlah dengan kata2 yang baik .
Share:

2 manusia berfikir:

  1. no offense.. sy sokong. mulianya melayu tu krn agama islam. tnpa agama islam siapala mlayu. perjuangan bgsa mlbihi p'juangn agama nyata sesat (agak kasr tp hakikat). kalau diikutkn pon definisi mlayu tu msti beragama islam. tp bila bab agama terus dibuang jauh2. teruknya mereka.. islam hnya pd nama dan doa p'buka dan pnutup mjls shj... islam syumul!

    ReplyDelete
  2. ye..perlu ambik Islam secara kaffah...bkn sikit2 je..haram ambik sikit2 je..

    Islam will dominate the world.. :)

    ReplyDelete

Chat with me

Blog Archive