14 May 2011

hari yang . .

assalamualaikum . . saya rasa sangat2 gembira sebab hari ni hari yang menyenangkan bagi diri saya . asyik tersenyum je saya ni . tah la kan . . pelik jugak la diri ni . beberapa perkara saya buat pada hari ni :
  • tengok muka anak buah *rasa kesian pulak tengok muka dia
  • lepas tu jumpa ramai orang sebab nak tanyakan sesuatu 
  • keluar jalan2 dengan kakak2
  • blogwalking banyak2 *padahal sikit je , hehehe . .
semalam kan , saya dapat berchatting kat facebook dengan seorang hamba Allah yang tinggal kat kampung yang bernama Husan , Palestin . dia cakap b.inggeris sebab dia cakap dia nak bagi lancar b.inggeris dia . so , cakap la dengan b.inggeris . best dapat borak2 ngan dia .

hey , jom tengok video nak ? jom klik link ni [ video ] . lepas dah tengok tu , like n komen la sekali ye . sebab saya nak tau pendapat korang . kalau tak nak komen , just like je kat entry pasal video tu . terima kasih . .

saya 'agak' menyampah tengok orang Islam duduk rapat2 dengan lain jantina
ayat saya macam kasar sikit *mungkin banyak . tapi bagi saya itu adalah menegur . eh , ye ke menegur ? semestinyalah . . mungkin setiap hari saya tengok perempuan duduk sebelah dan rapat2 dengan lelaki ajnabi , maksudnya lelaki yang bukan daripada keluarga dia la . kalau sepupu lelaki tu dikira lelaki ajnabi jugak la kot .

agak kurang senang untuk tengok . kadang tu pegang tangan , menyampah2 . konon nak buat manja2 . kalau nak manja2 tu , buatlah waktu dah jadi suami isteri yang sah dan waktu kat tempat dalam rumah . tak perlu nak berlagak ada pasangan/pakwa/makwa . duduk dekat2 , tak rasa apa2 ke ? perasaan tu macamana ? kalaulah saya duduk dekat2 dengan orang lelaki yang bukan daripada kalangan keluarga saya , dah tentu saya nak cepat2 je gerak daripada tempat tu . tak sanggup nak duduk dekat2 . terseksa !

walaupun kawan , tetap tak boleh duduk dekat2 . Islam dah atur semuanya daripada awal sampai akhir . korang mesti beranggapan bahawa , kalau duduk berdua-duaan kat tempat orang ramai tak pe , kalau duduk berdua-duaan tempat sunyi tak boleh . eh ! siapa cakap macam tu huh ? tak boleh dua2lah .

ustazah kat sekolah saya cakap yang couple tu boleh . kalau nak duduk sama2 , tak boleh duduk tempat sunyi , nanti dikira berkhalwat . perghhh ! nak je saya bantah cakap ustazah . couple bukan macam tu la . nak couple after nikah ok ? !

tu je la kot . jom baca artikel kat bawah ni . selamat membaca ok .


Kini Ikhwan dan Salafi Mula Menuntut Penegakkan Khilafah Islamiyyah

Pada hari Sabtu yang lalu, media Al-Masry al-Yaum telah melaporkan bahawa lebih daripada 50 ribu orang telah menghadiri perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh Ikhwanul Muslimin bersama Salafi di daerah Haram, Giza. Ribuan yang hadir itu melaungkan slogan-slogan yang menyatakan bahawa Ikhwan dan Salafi adalah satu dan kedua-duanya berusaha untuk menerapkan Syariah Islam.

"Negara Arab Bersatu dan Negara Islam Bersatu pasti tiba," kata ulama Salafi, Safwat Hegazy pada pertemuan tersebut. "Dan dengan segera kita akan memiliki seorang Khalifah yang akan mengurus kita semua."

Hegazy juga memberi respon tentang pembakaran gereja di Imbaba pada hari Sabtu lepas dengan mengatakan, "Mereka bukan Salafi atau Ikhwan, bukan juga orang Mesir". "Mereka adalah musuh yang ingin memulakan permusuhan (melaga-lagakan) sesama kita."

Peyampai seruan daripada Salafi, Mohamed Hassa, meminta semua gerakan Islam untuk meyakinkan seluruh kaum Muslimin dan Kristian bahawa mereka semua adalah sama-sama bangsa Mesir. "Mesir bukan milik umat Islam sahaja," katanya. "Dan Koptik dilindungi oleh Islam. Mereka tidak perlu berhijrah ke Amerika Syarikat untuk perkara itu (perlindungan)."

Seiring dengan angin perubahan yang berlaku di Timur Tengah, yang bermula dari Tunisia dan Mesir yang berjaya menumbangkan rejim Ben Ali dan Mubarak, rakyat kini sudah semakin berani untuk melawan rejim-rejim yang menindas.

Tuntutan kepada perubahan secara keseluruhan melalui penerapan syariah kini terus-menerus disuarakan. Khilafah sudah mula menjadi isu bagi gerakan-gerakan Islam. Kaum Muslimin mulai sedar bahawa mereka terlalu lama hidup sengsara tanpa naungan Khilafah. Revolusi yang berlaku sebelum-sebelum ini hanya sekadar menggantikan 'muka-muka baru', sedangkan rejimnya tetap sama.

Seruan untuk penegakkan Khilafah terus bergema sejak 1953, di mana Masjid Al-Aqsa yang diberkati itu merupakan titik permulaan bagi seruan tersebut. Sehingga kini, Al-Aqsa terus-menerus memanggil negeri-negeri kaum Muslimin yang lain beserta kaum Muslimin dan para tenteranya supaya bersegera untuk membebaskan diri dari cengkaman penjajah.

Bukan sahaja di negeri-negeri di Timur Tengah, seruan penegakkan Khilafah juga turut bergema daripada jantung peradaban Barat. Hizbut Tahrir sejak awal kemunculannya tetap konsisten dengan seruan penegakkan Khilafah terhadap kaum Muslimin. Mereka sering menganjurkan seruan dan demonstrasi di bandar London, Sydney, Amsterdam dan Copenhagen. Mereka bersuara dengan nada yang sama iaitu menginginkan Khilafah Islamiyyah.

Seruan ini akan terus bergema sehinggalah pertolongan Allah tiba suatu hari nanti. InsyaAllah, Khilafah Islamiyyah yang dinanti-nantikan, yang merupakan institusi politik agung sebagai pelaksana hukum syariah itu akan semakin hampir kemunculannya tidak lama lagi.

Sumber : Syabab.com
Share:

3 manusia berfikir:

  1. kita tunggu Khalifah tu muncul kembali!!!

    emm sy rasa pmndangan dunia ni tcemar kerana mereka yg tiada malu.. kacau orang nk tgok pmndngan je..

    ReplyDelete
  2. Syukri Kamaruddin...xboleh nak tunggu aje..kne la bergerak skali..jom?? (^^,)

    Shidah: lame x jenguk blog shidah, sbb xda list blog lg..nk tggu shidah tacap blog akh..huhuhu..emmm..tu la klu da xda rasa malu, btol kata syukri..akh pun suka gak dok berdua2 ngan pempuan..tipu klu xsuka sbb yg salah tu kebanyakannya seronok.sebab suka tu dipengaruhi syaitan..namun akh tak boleh dok berdua ngan perempuan sbb akh takut..tak tau kenapa tp takut ngan pmpuan klu berdua..malah klu bertiga-berempat tp akh sorg je llki, mmg xboleh jugak..mau pengsan..haahaa..

    emmm..tu la ustazah moden.. :)
    mungkin die nak 'menyeimbangkan' dunia dan akhirat sebab die taw, xkan terlarangnya remaja kini utk berkapel..so mungkin juga 'kebenarannya' itu merupakan larangan..allahua'lam.. (^^,)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    Dlm keadaan sekarang, umat Islam begitu ghairah utk menuntut hak kekhalifahan tetapi mrk sepatutnya kenal keadaan zaman skrg. Ketika ketiga2 hak2 milik umat Islam dirampas, kebenaran dan maruah diputarbelitkan, keselamatan diri dan maruah tidak dijaminkan, sepatutnya kita berhati2 dlm pergerakan ini. وَلۡيَتَلَطَّفۡ وَلَا يُشۡعِرَنَّ بِڪُمۡ أَحَدًا Dan hendaklah dia melicinkan pergerakan dengan bersungguh-sungguh dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
    Setelah jatuhnya Daulah Islamiah pada 1924, banyak kali percubaan utk merampas kembali tetapi gagal dan berakhir dgn ramai nyawa yg terkorban. Kegagalan yang berulang2 tanpa membuat persediaan spt terdapat dlm AlQuran. Bukankah keupayaan musuh yg memegang teknologi, kekuatan dan ruang, jauh lebih hebat dari yang kita fikirkan sehingga mrk mampu menghancurkan semua gerakan Islam dlm sekejap masa. Kalau sesiapa menyaksikan filem `Enemy of the state` pada Sabtu mlm lepas TV2. Kalau kita taip saja perkataan `khilafah dan khalifah nama dan IP kita sudah ada dlm tgn mrk. Maka begitulah mrk memantau setiap gerakan Islam. Adakah kita mampu menghadapi mereka dlm keadaan kita sangka menurut AlQuran tetapi adalah sebaliknya? Wallahualam

    ReplyDelete

Chat with me