23 October 2011

Berbahagialah kelompok yang ke-3


Assalamualaikum, sudah lama saya tak update blog. Exam pun masih belum habis, tapi masih gatal nak menaip. Tak pe, saya nak memotivasi diri anda dan juga diri saya juga. Isi entry ini saya petik daripada buku "Kota Roma Menanti Anda". Sesiapa yang ingin beli, dapatkan di tempat-tempat yang ada jual. Atau pun anda bolehlah hadir ke [konferens] untuk membeli buku tersebut dan turut sama hadir untuk berjuang untuk mengubah dunia. Bahkan boleh juga hadir ke aktiviti lain yang dianjurkan HTM.

Bismillahirrahmanirrahim...
Terdapat tiga kelompok manusia di dunia ini. Pertama, kelompok yang cinta akan kekufuran yang di mana mereka sangat benci akan perubahan ke arah Islam. Cara kehidupan mereka juga cara hidup seperti orang kafir walaupun mereka beragama Islam. Kelompok ini selalu rasa bahawa harta dunia lebih bermakna dibandingkan Allah dan Rasul.

Mereka mengerahkan seluruh tenaga untuk menghalangi perubahan ke arah Islam kerana mereka lebih cinta akan kekufuran yang menyebabkan kerosakkan dunia. Sehebat mana pun mereka menghalangi perubahan, ia pasti akan tetap terjadi, pabila masanya telah tiba. Bahkan, mereka sentiasa berasa bimbang dan takut. Mereka tahu bahawa pasti akan berlaku perubahan, kerana itu mereka menghalanginya. Hakikatnya, mereka adalah orang-orang yang rugi dunia dan akhirat.

Kedua, kelompok yang tidak prihatin akan masalah yang lain. Mereka hanya mementingkan dirinya serta keluarganya. Bak kata mulut manusia zaman sekarang "kubur lain-lain, kau urusan kau, aku urusan aku". Kelompok ini adalah kelompok yang hanya melihat sahaja dengan mata apa yang terjadi, tetapi langsung tidak mengendahkan.

Kelompok ini sungguh ramai kerana pekerjaan yang dia lakukan adalah tidak mengerjakan apa-apa. Ia bahkan hanya mencari makan untuk diri dan keluarganya sahaja. Cukup untuk berasa senang dalam hidup bagi mereka! Padahal, di akhirat nanti, mereka pasti akan di soal oleh Allah yang Maha Adil. Kerana, Allah menciptakan manusia bukan hanya untuk menjadi pemerhati atau sekadar untuk meraih kekayaan. Tetapi untuk mengabdi kepada Allah dalam segala bentuk. Mereka adalah orang-orang yang tidak menjalankan peranannya sebagai hamba Allah.

Ketiga, kelompok yang mahu melakukan perubahan agar kehidupan ini menjadi lebih baik. Mereka tahu bahawa hidup ini adalah untuk meraih redha Allah. Mereka faham bahawa tugas mereka adalah untuk menegakkan Islam yang akan menyebarkan rahmat ke seluruh alam. Bahkan mereka tidak hanya mempedulikan diri sendiri dan keluarga, mereka juga prihatin akan masyarakat dan dunia.

Kelompok ini sanggup mengorbankan harta, tenaga, fikiran dan juga diri-diri mereka demi tertegaknya keadilan Islam. Mereka melakukan itu semua kerana Allah semata-mata. Mereka adalah manusia "besar" walaupun nampak "kecil" jika dilihat dengan kaca mata duniawi.

InsyaAllah, dengan tangan-tangan mereka dunia ini akan berubah. Merekalah penerus perjuangan Rasulullah yang akan membebaskan dunia ini sehingga tidak ada satu jengkal tanah di dunia ini dibiarkan terdapat kezaliman dan kekufuran. Kelompok ketiga inilah orang-orang yang beruntung dunia dan akhirat.

Jadi, di kelompok manakah kita. Kelompok satu, dua atau tiga? Jika anda adalah kelompok ketiga, berbahagilah anda kerana:
Yang memilih anda adalah Allah, Sang Pencipta alam semesta. Yang memuji anda adalah Rasulullah, pemimpin para nabi. Betapa hebat apa yang anda lakukan sehingga Rasulullah memuji anda sebagai orang-orang yang berbahagia. Masihkah ada kebahagiaan lain dibanding pujian Rasulullah?


Share:

1 manusia berfikir:

  1. semoge sy berade di tempatkan di kelompok yg ketige...aminnn...tepuk dada,tye selera...

    ReplyDelete

Chat with me