03 June 2012

Redhailah Hubungan Kami

Assalamualaikum. Kepada remaja yg sedang couple, sila baca kat bawah ni. Sebab realitinya ada manusia yang selalu doa agar hubungan cinta berkekalan sampai mati. Bahkan mak ayah pun amik tak peduli malah sokong anak buat maksiat.
Sebesar mana pun kau cinta dia, tapi kau tak menikahi si dia, jangan harap Allah nak redha hubungan kau. Sebab hubungan tu belum halal!
Apa yang saya nak ringkaskan kat sini sebenarnya nak cakap, kalau nak bercinta kahwin je la ye. Tak perlu couple-couple. Kalau nak couple, couple dengan orang yang sah jadi pasangan hidup korang. Kalau belum sah, jangan harap Allah nak redha.

Kalau korang rasa hubungan couple korang tu lama, tu tak bermakna Allah redha. Itu tandanya Allah nak uji sejauh mana maksiat yang korang buat. (Maksiat itu sesuatu yang Allah larang kita buat, Allah perintah kita ingkar)

Hidup ni tak selamanya indah. Bahagia mahupun derita, dua-dua adalah ujian. Jadi, kalau kita bahagia, bersyukurlah. Jika kita derita, bersabarlah dan berdoalah. Moga Allah sentiasa merahmati kita.
Wallahu'alam.


Share:

1 manusia berfikir:

Chat with me