12 July 2012

Jawabanmu itu telah menggoncang hati ini.


Rasulullah dalam mendakwahkan Islam tidak pernah menyimpang sedikitpun, meskipun hanya sehelai rambut. Beliau tidak menyimpang sedikitpun dari Islam, meskipun di hadapan beliau ada berbagai kemanfaatan dan kemaslahatan.

Kerana sifat konsisten beliau dan tidak mahu diajak kompromi meski hanya sedikit saja, membuat tokoh-tokoh jahiliyah frustasi. Sekan semua usaha mereka dalam membungkam gerakan dakwah menghadapi jalan buntu.

Setiap usaha dan makar mereka, dapat dipatahkan oleh Rasulullah. Mereka betul-betul memendam amarah yang selalu menggelora. Sehingga akhirnya, mereka mendatangi Abu Thalib agar dia mahu menasihati Rasulullh supaya menghentikan dakwah beliau.

Mereka berkata
"Wahai Abu Thalib, anda adalah seseorang yang kami tuakan. Kami hormati dan kami muliakan anda. Dan kmi telah meminta anda agar melarang anak saudaramu itu. Akan tetapi, rupanya tidak engkau hiraukan. Sungguh, demi Allah, kami tak tahan lagi menahan kesabaran mendengar cemuhan terhadap nenek moyang kami, ejekan terhadap orang-orang cerdik pandai kami, penghinaan terhadap tuhan-tuhan pujaan kami. Bila anda masih belum hendak mencegah perbuatannya itu, marilah kita berperang tanding, biar salah satu di antara kita celaka."
Abu Thalib pun segera memanggil anak saudaranya, lalu ia berkata, "Wahai anak saudaraku, kaummu telah mendatangiku dan membicarkan tentangmu denganku. Maka jagalah dirimu dn kasihanilah aku. Janganlah aku diberi beban yang aku tidk sanggup memikulnya.

Mendengar permintaan pak cik beliau yang sudh tua, dengan ungkapan-ungkapan yang penuh iba dan belas kasihan, apa yang mesti disampaikan Rasulullah?

Rupanya orang yang selalu berdiri di samping beliau selama ini hendak berlepas tangan darinya. Rupanya pelindung yang selama ini membentengi beliau dari berbagai ujian dan cubaan hendak melepaskan beliau.

Beliau langsung menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan
"Wahai pak cik ku, seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, tidaklah aku ingin meninggalkannya, sampai Allah memenangkanku atau aku tewas kerananya."

Allah... Jawaban lelaki sejati... Ya Rasulullah... :')

Copy from buku Kota Roma Menanti Anda, karya Muhammad Choirul Anam. Dan beberapa perkataan telah diubah kepada Bahasa Melayu.
Share:

0 manusia berfikir:

Post a Comment

Chat with me