01 January 2011

tahun baru datang lagi


Assalamualaikum . . Tentu , kamu semua mempunyai azam barukan sempena tahun baru ni ? Mungkin kamu nak nampak lebih cantik , lebih pandai , lebih baik , daripada tak pakai tudung jadi pakai tudung , daripada selekeh jadi seksi , daripada lemah jadi kuat ? Semalam , kamu semua sambut tahun baru ke ? Kat mana ? Perlu ke sambut tahun baru ?

Cuba tengok , lihat dan fikir sejenak . Sambutan tahun baru tu , agak2nya suasana dia macamana eh ? Adakah senyap sunyi je ? Atau adakah orang bermusuh-musuhan ? Sudah tentu ramai yang tau kan , tak mungkin tak de yang tak tau . Sambutannya mestilah meriah , minum arak sini , minum arak sana . Cium sini , cium sana . Jerit sini , jerit sana . Maksiat sini , maksiat sana . Inikah yang dinamakan orang Islam ?

Sepatutnya , orang Islam yang berimana tidak akan menyambut hadharah kufur dan itu adalah perkara haram dan lagha yang jelas2 tidak mendatangkan faedah malah memperbanyakkan lagi maksiat . Orang Islam yang beriman akan lebih tumpukan kepada dakwah untuk mengubah masyarakat kat dunia ni kepada masyarakat Islam . Supaya seluruh hukum-hakam Islam dapat diterapkan di muka bumi ni .

Realiti umat Islam hari ni , melakukan apa sahaja yang dia nampak orang lain buat tanpa meneliti hukum melakukan sesuatu perkara . Jika sesuatu perayaan yang dibolehkan dalam Islam , sepatutnya tidak ada maksiat ! Sedangkan perayaan tahun baru disambut dengan pelbagai maksiat di seluruh dunia . Ingatlah , bumi semakin sakit disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia !

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi
terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap
apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu
dan ini pada hari itu dan ini.Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Umat Islam telah menghalalkan diri mereka untuk  Allah menurunkan azab-Nya kepada mereka kerana mereka melakukan maksiat yang sangat banyak tanpa ada pencegahan dan mereka tidak melakukan amar ma'ruf nahi mungkar . Umat Islam zaman ini telah menampakkan diri mereka seperti orang2 kafir . Apakah sebabnya ?

Mereka menampakkan aurat
Tidak beramar ma'ruf nahi mungkar dan dakwah
Melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan meninggalkan perintah-Nya

Sudah banyak kali kita diperingatkan supaya beramar ma'ruf nahi mungkar  malah kita meninggalkan kewajipan dan kita melakukan maksiat . Ingatlah , maksiat itu adalah melakukan larangan Allah dan meninggalkan perintah Allah .

Tahun baru , disediakan dengan azam baru . Ada yang ingin menjadi yang lebih baik dan ada pula sebaliknya . Tapi , adakah dengan itu cukup membuatkan diri kita di akhirat kelak akan selamat daripada azab-Nya ? Ingatlah , azam kalian tidak akan bermakna jika kalian tidak taat perintah-Nya dan melakukan larangan-Nya .

Tujuan kita hidup adalah untuk menyembah Allah , mendapatkan redha-Nya , taat perintah-Nya dan tinggalkan larangan-Nya . Hidup kita bukan untuk bersenang-lenang , bukan juga untuk bermusuh-musuhan . Hidup ini bukanlah lama , hanya sementara sahaja . Kehidupan di akhirat adalah kekal buat selama-lamanya . Apakah usaha kita untuk agama Islam yang akan dipersoalkan di akhirat kelak ? Sedangkan Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 111 :
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Cubalah kita masukkan dalam jiwa , hati dan juga fikiran kita bahawa kita akan berjuang dan pasti berjuang untuk Islam supaya Allah memberikan kita syurga-Nya . Cubalah kita masukkan dalam jiwa , hati dan juga fikiran agar kita tidak akan pernah putus asa untuk Islam supaya Islam kembali menaungi dunia .

  Ingatlah , segala sesuatu yang kita lakukan akan diminta pertanggungjawabkan di akhirat kelak . Fikirlah . .
Share:

6 manusia berfikir:

  1. suka entri ini ^^

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.

    N3 yang sangat mengesanlan jiwa.

    Allah mengingatkan kita bahawa:

    "Pada hari Allah membangkitkan semuanya dihimpunkan (dikumpulkan), lalu diterangkan (dikhabarkan) kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu". (Al-Mujadalah [58] : 6)

    Kelak manusia yang berbuat mungkar akan mohon kembali ke dunia:

    "Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-sajadah [32]: 12)

    Namun mana mungkin.. dunia sudah kiamat.. mudah2an kita sentiasa hindari berbuat maksiat..amiin

    ReplyDelete
  3. nice entry :) ada benar jugak. pabila new year, ramai pasangan telah berzina. >:(

    ReplyDelete

Chat with me