04 January 2011

sekolah , hari ini .

Assalamualaikum kawan2 . Nampaknya sudah beberapa hari ana tak update blog . Ana "agak" bz sikit dengan sekolah , tapi ana tetap online . Tahun ni ana tingkatan 2 , sepupu ana tingkatan 3 dan kakak ana tingkatan 5 . Dua orang amik peperiksaan besar . Harap sangat2 diorang berjaya dengan cemerlang .


Hari ni , 4/1/2011 , lebih rasa tenang daripada semalam . Semalam sungguh membosankan , dahlah tak belajar . Murid2 dalam kelas pula bising . Tension betul . Ana kurang suka seseorang yang jadi ketua kelas atau penolong kelas yang tak jaga kelas . Dua2 bising , tak layak jadi ketua dan penolong kelas ! Tapi , diorang kena belajar jadi murid yang bagus kerana merekalah contoh kepad murid2 kelas tersebut . Bak kata guru kelas ana , " kamu perlu belajar jadi ketua kelas " .

Alhamdulillah , hari ni kat sekolah semakin baik daripada semalam . Hari ni mula belajar dan guru2 pun bagus2 . Harap sangat2 , murid dalam kelas ana tak buat perangai , tak pijak kepala cikgu . Bak kata cikgu2 ana " kalau kamu hormat cikgu , cikgu pun hormat kamu " . Ramai betul cikgu cakap ayat yang sama dalam 1 hari . Ana pun senyum je la .

Hari2 penat , sebab kelas tingkat 3 . Dahlah tangga panjang2 . Tapi , memang cukup2 best . Tadi , masa pendidikan Islam , ustazah cakap " orang yang hafaz asma al-husna akan masuk syurga " . Dalam hati ana , ana nak je angkat tangan dan betulkan kata2 ustazah . Ana nak cakap " tak semua orang yang hafaz asma al-husna akan masuk syurga . Hanya orang yang taat perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya sahaja yang akan masuk syurga " . Tapi , ana masih lemah . Agak sukar bagi ana nak perbetulkan .

Ustazah ajar bab tentang hidayah . Ana rasa nak nangis pula , tak tau kenapa . Sedih sangat , tapi ana tahan je tak nak bagi orang lain tau . Kawan ana tadi dia bagi ana 1 botol air mineral . Happy sangat2 sebab air ana dah nak habis , ada juga orang yang baik hati nak bagi . Dapatlah juga hilangkan kedahagaan .


Pukul 6.45 p.m jam loceng berbunyi menandakan untuk pulang . Dah la petang tu hujan , ana pula basah kuyup . Ana ingatkan umi ana tak datang untuk amik ana , rupa2nya dia ada . Haha . . Ana tak tengok keliling , sebab tu la tak nampak . Kesian umi ana , nasib baik ana tak demam . Lepas dah sampai rumah , abah ana cakap yang umi ana tunggu ana kat sekolah . Ana pun terkejutlah , sebab ingatkan umi ana tak amik . Lepas tu , adik ana marah kat ana sebab belik je terus , tak balik dengan umi ana . Adoiii!!! Ana dah cakap ana tak nampak , maknanya tak nampaklah . Dalam hati ana , ana tergelak sebab tengok cara adik ana cakap .

Tapi , ana tau dia tu gurau2 je , bukan serius . Malam ni je , ana terus online untuk update blog . Sampai situ je la . Assalamualaikum .
Share:

Related Posts:

4 manusia berfikir:

  1. waalaikumslm ouh..form 2 rupanya dia...baru tau..huhhu

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam (jawab salam kat atas...hehe..)

    hehe..selamat kembali ke sekolah!
    dan juga selamat menimba ilmu... :D

    (p/s = anda lebih muda daripada saya...tapi cara percakapan anda lebih matang...huhu.. *(malunyaa..))

    ReplyDelete
  3. kak nazifa : rndu kt akk la.. ^_^
    slmt jugak tuk akk...

    ReplyDelete

Chat with me