11 June 2011

benci giler giler ! !

assalamualaikum semua . . ayat kemain marah . . haha . . saja je nak buat tajuk macam tu . tu biasanya ayat budak yang saya kureng suka . sebab perkataan gila tu bahasa yang teruk , tapi orang gila tak teruk . selalu je dengar orang cakap macam ni "lawa gila/hodoh gila/bengang gila/gedik gila/terer gila/jahat gila/pandai gila/teruk gila" . hahaha , kelakar juga ayat kurang supan yang digunakan di ataskan ?? mesti korang pun pernah guna ayat tu kan ? kalau kawan saya guna perkataan gila tu , mesti saya akan cakap " lawa tak de gila/pandai tak de gila/teruk tak de gila/hebat tak de gila/bengang tak de gila" . lepas tu diorang pun gelak2 la . . haiyyo ! janganlah gelak .

ok , sebenarnya saya benci atau kureng suka akan manusia yang tak jaga pergaulan antara lain jantina . korang jaga pergaulan tak ? macamana cara bergaul korang ngan lain jantina ? korang ada cuit-muit tak ? ada main kejar2 ? ada duduk rapat2 tak ? kalau ada , kenapa mesti buat macam tu ? kan Islam dah atur hubungan lelaki dan perempuan mesti dijaga . tak boleh senang2 hati nak buat apa yang disukai !

ada pulak tu , siap bawa kawan masuk rumah bahkan masuk bilik . . bila orang tegur dia cakap " biarlah , kawan je lagipun" . hahaha , menyampah ! kawan ? wei ! kawan memanglah kawan , tapi tak perlu nak ajak masuk rumah . dosa ! kita tak tau apa ada dalam hati dia , entah2 dia fikir . . . hah ! habislah . . =.=" pergaulan harus jaga kawan . jangan main sedap2 je kau kawan ngan sapa yang kau suka . jangan kau marah saya bila saya tegur kau ye kawan . jangan berlagak kau dah pandai sangat ye kawan sampai orang tegur kau tak endahkan . kawan , nasihat kena terima , couple haram tau kawan ! berkawan ada batas2nya .

gambar siapalah ni ye , main amik je . .

saya pernah nampak sorang lelaki sebaya saya peluk kawan perempuannya yang cina kat sekolah sebab kawan dia tu baru datang sekolah . saya pandang muka kawan saya dan terus cakap " yekksss ! tak malu ke apa ?! " . geli tengok ! maksiat depan mata ! tak sangka budak lelaki yang saya sangkakan dia tu jenis yang ok , tiba2 peluk perempuan ! apa kejadahnya tu ?!
budaya barat semuanya nak ikut ! elok sangatkah budaya barat tu ?!
apabila lelaki dan perempuan buat study group sama2 , rasa2nya diorang tu study atau borak2 hal yang tak faedah ? ke layan perasaan masing2 ? or apa eh ? bak kata sayalah kan " studylah sangat ! =.= " . lelaki yang mempunyai iman dan juga perempuan yang mempunyai iman , hendaklah menahan pandangan . janganlah bila buat study group , tetiba lelaki cakap macam ni kat perempuan tu " mata awak lawalah " sambil lelaki tu tersenyum. perghh !!! lelaki yang tak tunduk pandangan sungguh . dan ia dah saya tolak daripada ciri2 lelaki idaman !

saya rasa korang sendiri pun dah tau yang pergaulan dalam Islam kan ??! walaupun korang tau , tapi korang still lakukan . nilah yang dinamakan iman kat bawah . . tak naik . kalau naik iman tu , dah tentu korang takkan buat maksiat . iman ni turun naik turun naik . jadi , sentiasalah naikkan iman tu ye . kalau nampak maksiat depan mata , silalah nasihatkan orang yang buat maksiat tu supaya tak buat maksiat dan takut azab Allah akan menimpa atau korang hanya benci dalam hati dan jauhkan daripada tempat maksiat tu ye .



rasanya tu je la kot . kalau korang ada pendapat silalah komen ye . dan jangan lupa naikkan iman ye . Isnin ni sekolah , mulakan sekolah dengan hati yang ceria ye walau ada sesuatu yang merunsingkan fikiran dan hati tak tenang . . senyum selalu . . :D
Share:

6 manusia berfikir:

  1. katakn benci pd maksiat ! heee

    ehm
    kdg2 dpn org rmai pon mnjd-2 .
    nk tegur nnt ckp nyibuk pulak .

    ReplyDelete
  2. W/pun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab2 dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita..

    Bergaul mesra diantara lelaki perempuan yang tidak halal memang dipenuhi keseronokan, nikmat dan keghairahan nafsu. Sejarah manusia menunjukkan ramai yang telah ternoda dan tertipu oleh godaan nafsu dan syaitan.(copy paste) :)

    selamat b'sekolah kembali :)

    ReplyDelete
  3. KATA-KATA YG SELALU KITA DENGAR...
    BILA 2 ORG LELAKI DAN PEREMPUAN BERDUA2AN PASTI AKAN ADA MAKHLUK YG KE-3 BERSAMA2 MEREKA IAITU SYAITAN YANG AKAN MENGGODA KEDUA2NYA KEARAH MAKSIAT.

    ReplyDelete
  4. susah sgt nk jaga batas bile da bergaul kan

    ReplyDelete
  5. Wah, entry yang bagus ukhti.. (^__^)
    ana pun ada kawan perempuan, dia pernah study group dengan pakwe dia..
    ana rasa macam nak tegur dia, tapi, takut, sebab dia tu senang berkecil hati.. lagipun ana orang yg dia percayai, jadi semua cerita dia bagi tahu ana..
    Jadi ana hanya mampu membenci perkara yang dia buat tu, dan mendoakan supaya dia sedar perbuatannya yang kata hendak belajar sahaja..belajar boleh dgn kawan perempuan,kenapalah nak belajar dgn pakwenya jgk.. & lagi satu, buat apalah nak berkapel2, buat tambah saham dosa je..

    ReplyDelete
  6. entry yg sangat bagus.. jom usha

    http://operasihitam.blogspot.com/2011/05/semakin-kita-dewasa-semakin-kita.html

    ReplyDelete

Chat with me