16 December 2010

Pelbagai kisah utk dikongsi . . Bacalah . .

Assalamualaikum . . jom baca . Ada banyak cerita bagus2 . . :)
Semua ni ana copy daripada note sahabat2 ana di fb . . harap anda membaca dan membuka fikiran . .




Catatan terakhir Sultan Abdul Hamid II - Khalifah ke-99 yang dikhianati (1876-1909)
“Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?”, saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6.

“Kenapa?”, cikgu bertanya balik kepada saya.

“Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit”, saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu.

“Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku”, cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekad selepas itu, saya tiba di Turki.


Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan Bey. Sekumpulan lelaki pertengahan umur membaling batu ke poster yang terlekat di tembok jalan. Ia adalah poster Sultan Abdul Hamid. Wajah yang saya saya lihat di buku teks dahulu. Kini wajah itu dibaling batu. Kenapa mereka bertindak begitu? Hati saya begitu tersentuh. Sultan Abdul Hamid dibenci oleh ramai orang sejak di zaman hidupnya, sampailah ke hari jasa dan baktinya mahu dikenang di dalam sebuah seminar yang diposterkan. Walhal, setiap kali saya membaca mengenai beliau, saya semakin sebak dan kecewa kepada suatu fitnah besar-besaran, bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar sebagai Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya, dan 1001 lagi tohmahan dunia kepadanya.
Mengapa engkau dibenci begitu sekali oleh manusia dunia ini?

Sesungguhnya perbuatan lelaki itu yang membaling batu kepada poster Sultan Abdul Hamid II, menghilangkan ceria saya ketika tiba di rumah Adnan Bey, guru sejarah saya di Turki. “Hasrizal, Sultan Abdul Hamid telah membayar harga yang mahal untuk Islam dan Ummah. Saya yakin negara kamu juga ada kesan dakwah Sultan Abdul Hamid. Seruan Pan-Islamism baginda, tersebar ke seluruh ceruk rantau alam. Malaysia juga tidak terkecuali”, Adnan Bey cuba mententeramkan saya sambil menuang cay panas ke cawan.

Ya, memang dakwah Sultan Abdul Hamid sampai ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbah Jumaat. Datuk nenekku mendoakannya ketika Khilafah retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa Koloni British. Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan Pan Islamism sampai ke Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun.

“Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku”, begitulah surat Mutsuhito kepada Sultan Abdul Hamid.

Seruannya melata dari Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demi perpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda.
Saya minta izin untuk pulang awal. Saya mahu ke Beyazid, melawat makam Sultan Abdul Hamid. Adnan Bey melepaskan saya dengan senyuman.

“Jangan emosi sangat”, katanya sambil melambai kepada saya yang melangkah masuk ke dolmus.
Ketika di Uskudar, mata saya sayup memandang ke Istana Caragan di seberang Bosphorus.
“Baik aku ke Besiktas terlebih dahulu”, saya menukar plan.

Ketika kapal beransur lesu meninggalkan Uskudar, hati saya semakin resah. Kabus musim sejuk yang mengundang mendung di Selat Bosphorus menambahkan lagi perasaan sedih saya yang entah di mana hujung pangkalnya.
Tiba di Besiktas, saya mengambil bas untuk ke Istana Yildiz. Selalunya saya ke sana kerana mahu membaca buku. Tetapi kali ini saya bagai kebingungan terpukau untuk ke sana meredah sejuk tengah hari itu. Semata-mata kerana jiwa saya yang luka ketika melihat poster Sultan Abdul Hamid dibaling batu. Saya menapak laju ke Istana Yildiz, seperti mahu memberitahu kepada Sultan betapa jahil dan zalimnya rakyat baginda bertindak sedemikian rupa.


“Beritahu mereka Tuanku, bahawa mereka sudah tersilap. Penghinaan mereka kepadamu adalah suatu kesilapan yang besar”, saya terkumat kamit sendirian.

Akhirnya saya tiba di Masjid Hamidiye Yildiz. Ia terletak tidak jauh daripada pintu masuk istana.
“Ayahanda lihat, orang ramai sudah mula memuji kecantikan rupa parasmu. Mulai hari ini ayahanda mahu anakanda memakai hijab yang sempurna kerana anakanda sudah menjadi wanita dewasa”, saya bagai terngiang mendengar suara Sultan Abdul Hamid kepada anaknya Aishah semasa mereka melintas di hadapan Masjid Yildiz ini.
Saya tunduk.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak yang telah berlaku. Baginda Sultan Abdul Hamid pernah cuba dibunuh ketika bom diletakkan di kereta kuda baginda. Pengeboman itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat. Allah masih mahu Sultan Abdul Hamid bertakhta memimpin umat.

Di hadapan istana ini, baginda sering mengerjakan solat dan keluar menyapa rakyat yang dekat di hati baginda. Di situ juga, baginda yang menunggang kereta kuda bersama anaknya Aishah, menitahkan agar anaknya bertudung sempurna kerana usik-usik mereka di jalanan adalah petanda kedewasaan puteri baginda Aishah Osmanoglu.
Saya mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid di tengah-tengah dewan. Masjid sepi. Hanya ada beberapa orang tua yang bongkok menatap mushaf usang di tingkap masjid mencari sedikit cahaya.

“Ya Allah, apakah yang telah berlaku kepada umat ini?”, saya menadah tangan memohon jawapan dari Allah.
Dari pintu masjid, saya merenung sayup-sayup istana kayu Yildiz. Ia adalah kediaman baginda Sultan Abdul Hamid, selepas berpindah meninggalkan kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini bermastautin di Istana Dolmabahce. Engkau benar-benar pemimpin yang terpuji…

“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul”, saya membaca kembali diari Sultan Abdul Hamid yang tergenggam di tangan.

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.

“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.
Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.
Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!”, azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yildiz itu.
Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.

Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf di depan masjid. Dua rakaat Rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.
Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejak tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barbaros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.

Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberang bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga dan syukur.
Tetapi bukan itu yang mahu saya kenangkan.

Saya melangkah menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci, tempat Sultan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana buruk milik Yahudi di Salonika, pembuangan negara sebelum seluruh khilafah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si Yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.
Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan”, kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.
Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.
Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.
Saya tinggalkan Sirkeci dan melangkah membawa diri ke stesyen tram. Saya mahu ke Beyazid.
Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.
Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau. “Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makam Sultan Abdul Hamid

“Akhirnya di sini tubuhmu bersemadi. Maafkan saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah ini”, saya berdiri sepi di dinding makam.

Akhirnya, petang itu saya coretkan kenangan melalui sebuah nasyid yang saya cipta di sisi makam Sultan Abdul Hamid:

Sebuah taman bernama Daulah
Retak seribu oleh kesombongan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
Bagai terdengar bisikan di pusaramu
Ya Muslimi al-Aalam, Ittahidu!”(Wahai Muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)
Di sisi persemadianmu
Kuterkenang semalam
Hari-hari indah bahagia
Islam pernah gemilang
Tiada penderitaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertakhta
Rahmat alam semesta
Langit tidak akan cerah selamanya
Mendung datang bersama gerimis kedukaan
Rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
Kekallah dunia dalam hina selamanya
Bumi Turki menyaksikan pengkhiatan agama
Mahkota negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
Lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang berdusta
Islam dan al-Quran diperhina terpenjara
Seorang iblis yang durjana
Bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya
Dengan janji dunia
Bagai tak punya agama
Hidup membina harta‘Islam Baru’ yang dicipta
Jauh dari Tuhannya
Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
Kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
Namun lupakah engkau Islam itu di tangan Tuhannya
Langit tidak akan mendung selamanya
Bumi Turki menyaksikan kebangkitan kali kedua
Menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
Bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang Esa
Islam akan dikembalikan ke takhtanya

Lagu / Lirik / Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Dunia Ini (1996)

“Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku”, Sultan Abdul Hamid menulis suara hatinya ketika di pembuangan di Salonika, Greece.

“Hamba di sini Tuanku”, saya menadah tangan memohon taufik dari-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
15 Oktober 2006 / 22 Ramadhan 1427

Ekstra (Tambahan ana sendiri): Yahudi telah lama merancang bagi membina sebuah negara di Palestin, tetapi selama ini Palestin telah dilindungi oleh khalifah-khalifah Islam yang enggan bekerjasama dengan yahudi kerana tanah ini milik Ummah.
"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa" .(QS an-Nur [24]: 55).

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]

Malu Sebahagian Dari Cabang Iman...

Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. sifat malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Sifat pemalu adalah lambang taqwa (takutkan Allah) dan lambang ketinggian iman seseorang Muslim itu.

Mereka yang ada sifat malu akan sentiasa mengikut segala yang diperintahkan dan menjauhi larangan Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan, dan setiap perbuatan biar sekecil kuman sekalipun akan tetap disoal dan diberi pemberi pembalasan oleh Allah.

Dalam mengutamakan kehidupan akhirat, seseorang itu tidak patut malu mencari guru untuk dia belajar bagi mengatasi kejahilannya. Ini adalah kerana ilmu yang paling bermanfaat ialah ilmu yang menjadi bekalan untuk akhirat.Ini bermakna seseorang yang malu atau takut untuk mencari ilmu mengenai Islam akan bimbang terhadap mafhumNya di dalam Al-Quran, kerana seseorang Muslim itu digalakkan mencari ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain.

Dari segi pekerjaan dari pandangan Islam, seorang guru itu dipandang tinggi berbanding pekerjaan lain yang bersifat keduniaan. Seorang guru itu lebih dipandang mulia disisi Allah berbanding dengan seorang yang hanya duduk menghabiskan masa beribadat dan berdoa sepanjang hari.

Dalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda: "Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."(Baihaqi)

Malu adalah perhiasan dan perisai kepada lelaki dan wanita yang percayakan ada pembalasan pada hari akhirat. Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa dan noda, zahir dan batin.

Hadis riwayat Anas bin Malik, Rasullullah saw bersabda: "Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah."(Tirmidhi)

Ini diterangkan dalam hadis riwayat Aisyah, "Semoga Allah memberi rahmat kepada wanita muhajirin. Apabila ayat 'dan mereka hendaklah melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian dada mereka' dibacakan, mereka mencarik kain daripada pakaian yang mereka ada dan menutupi kepala mereka".(Abu Dawod)

Al-Mughira meriwayatkan: Sa'd bin Ubada berkata,"Aku tidak akan teragak-agak membunuh isteriku dengan pedangku sekiranya aku melihat dia dengan lelaki lain." Berita ini disampaikan kepada Rasulullah saw dan Baginda bersabda: "Kamu semua terpegun dengan harga diri dan kemuliaan Sa'd. Demi Allah, aku ini lebih mempunyai harga diri dan kerana Allah itu lebih mempunyai harga diri. Dia mengetahui segala dosa dan perkara yang memalukan dilakukan oleh kamu baik secara terang mahupun tersembunyi. Dan hendaklah kamu kembali kepadanya dan memohon keampunan Allah dan untuk itu Dia membawa berita gembira dan amaran. Dan tiada yang lebih suka dipuji melainkan Allah dan untuk itu Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang membuat kebajikan."

Abdul Malik berkata, "Tiada siapa yang lebih malu berbanding dengan Allah."(Sahih Bukhari)

Rasulullah saw bersabda: "Setiap agama ada karektornya. Dan karektor Islam adalah malu". (Abu Dawod)

Sifat malu itu hanya membawa kepada kebaikan. Sebagaimana sabda Rasulullah saw: "Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan."(Bukhari)

Malu itu lambang iman dan malu itu membawa kita ke syurga. Rasulullah saw bersabda: "Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".(Bukhari)

Rasulullah bersabda: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".(Bukhari) 

Berbagai Kebohongan dan Racun Obama Disebarkan di Tengah-tengah Mereka yang Telah Terjajah Oleh Pemikiran/Kultur Amerika

[Al Islam 532] Sungguh, mayoritas generasi umat Islam di seluruh penjuru negeri ini-yang ditunjukkan oleh berbagai pertemuan dan konsentrasi massa dari kalangan para ulama, dosen dan intelektual-menolak kunjungan Obama. Mereka melakukan berbagai pertemuan dan konsentrasi massa aksi protes di berbagai kota, mulai dari timur hingga barat. Hanya sekelompok antek Amerika, terutama kepala negaranya, yang telah menyambut kunjungan Obama. Stasiun-stasiun televisi di bawah penguasa dan yang berjalan di belakangnya menyiarkan berita kunjungan itu secara luas. Pada saat yang sama, stasiun-stasiun televisi itu membisu, tidak menyiarkan berbagai pertemuan dan konsentrasi massa yang menolak kunjungan Obama. Mereka menutup-nutupi berita penolakan dan protes yang dilakukan oleh berbagai kelompok massa yang ikhlas dari mayoritas umat di Indonesia! Stasiun-stasiun televisi itu mengulang-ulang pidato Obama di hadapan mereka yang telah terjajah oleh pemikiran dan budaya Amerika, yang diselenggarakan di Universitas Indonesia pada tanggal 10 November 2010 lalu. Melalui antek-anteknya di media massa, Amerika mempromosikan di tengah-tengah masyarakat berbagai kebohongan dan racun yang disebarkan Obama itu.

Sebagaimana kebiasaan Presiden Amerika dalam berbagai pidatonya di hadapan orang-orang yang telah terjajah oleh pemikiran/kultur Amerika, Obama mengulang-ulang ucapannya tentang demokrasi, HAM, pluralisme dan pasar bebas. Dia berupaya mengemasnya dengan cara-cara yang manis, berpengaruh, memikat dan menipu; tentang masa kecilnya di Indonesia dan pujiannya terhadap pembangunan di Indonesia! Begitulah, Obama memalingkan para pendengar, meski hanya sebentar, dari racun-racun mematikan yang dia tuangkan ke Indonesia melalui kunjungannya itu!

Sungguh, demokrasi yang dia dengung-dengungkan bukanlah sebatas pemilihan penguasa oleh umat, sebagaimana yang mereka tonjolkan kepada masyarakat. Dalam hal pemilihan penguasa oleh umat itu, Islam justru jauh mendahului demokrasi. Namun persoalannya, demokrasi hakikatnya adalah menyerahkan hak membuat hukum dan undang-undang kepada manusia, bukan kepada Tuhan manusia. Oleh karena itu, dari sisi ini demokrasi merupakan ide kufur. Sebab, Allah SWT telah menjadikan hak untuk menetapkan hukum dan undang-undang semata milik Dia. Allah SWT berfirman:

إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ

Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah (QS al-An’am [6]: 57).

HAM yang dibangun di atas liberalisme juga merupakan racun yang mematikan! HAM hanyalah hak bagi mereka yang melanggar kehormatan Islam, yang murtad dari Islam, yang berani berlaku lancang terhadap al-Quran al-Karim dan Rasul saw., serta hak bagi para pelaku kemaksiatan homoseksual dan pornografi. Sebaliknya, jika terkait dengan keterikatan seorang Muslim dengan agamanya, pemakaian kerudung atau niqab (cadar) oleh Muslimah, atau pembangunan menara masjid, hak-hak semacam ini ditolak bahkan diperangi dengan kuat!

Pluralisme yang mereka maksud juga bukanlah bahwa kaum minoritas secara agama atau ras harus hidup di bawah naungan Islam di Indonesia yang Muslim. Namun, pluralisme yang mereka maksudkan adalah bagiaman menjadikan minoritas non-Muslim bias menghalangi penerapan Islam di Indonesia yang telah Allah wajibkan. Dalihnya adalah kebebasan beragama dan bahwa agama-agama itu setara dalam hal kebenaran selama mengimani ide ketuhanan. Demikian sebagaimana yang dikatakan oleh Obama! Sesungguhnya melalui ide pluralisme itu mereka ingin (perkara politik) agar kaum minoritas non-Muslim bisa menghalangi penerapan hukum-hukum syariah. Padahal penerapan hukum-hukum syariah itu adalah wajib bagi kaum Muslim secara sekaligus di bawah Daulah Khilafah. Dalam penerapan syariah di bawah Khilafah itulah terdapat kebangkitan kaum Muslim yang sahih dan pembebasan mereka dari penjajahan. Di bawah Khilafah yang menerapkan syariahlah sesungguhnya terletak kemuliaan kaum Muslim. Di dalam Khilafah pula terdapat penjagaan atas hak-hak minoritas keagamaan dalam menunaikan ibadah mereka dan penjagaan atas kehidupan mereka tanpa kezaliman dan penindasan.

Wahai kaum Muslim,

Wahai Orang-Orang Berakal.

Inilah racun-racun Obama.

Adapun kebohongan-kebohongan Obama telah jelas di dalam pidatonya itu. Ia mengatakan, “Amerika Serikat berjanji untuk bekerja demi kemajuan umat manusia.” Faktanya, semua orang, baik jauh maupun dekat, mengetahui apa yang dilakukan oleh Amerika adalah demi para pemilik modal, yaitu para kapitalis, bukan demi kepentingan umat manusia! AS menghancurkan kemanusiaan melalui pembunuhan dan perampokan kekayaan umat manusia. Tidak beda antara Obama dan presiden AS lainnya. Dia berjalan di atas sistem yang sama. Negara penjajah ini terus saja membunuhi kaum Muslim di Irak, Afganistan dan Pakistan. Amerika pun terus saja merampok kekayaan negeri-negeri dunia, termasuk Indonesia, dan membiarkan penduduknya berada dalam kubangan kemiskinan absolut maupun kemiskinan struktural. Inilah yang terjadi di Papua, Acheh, Riau, Cepu, Natuna dan lainnya.

Dalam pembicaraannya tentang hubungan Amerika dengan Islam, Obama mengatakan bahwa AS tidak memerangi Islam, melainkan memerangi al-Qaeda yang dia sebut sebagai teroris. Namun masalahnya, ini terkait dengan kepentingan Amerika. Siapa saja yang tidak menyenangkan Amerika, atau yang mengkritik berbagai kebijakan Amerika yang imperialistik, akan disebut al-Qaeda, atau memiliki hubungan dengan al-Qaeda. Berdasarkan sebutan itu, Amerika memiliki hak untuk membunuh mereka dengan alasan memerangi teroris! Hal itu tampak jelas di dalam pidato Obama dengan ucapannya, bahwa bangsa Amerika menghadapi bahaya terorisme.

Sebaliknya, pembunuhan dan penumpahan darah ratusan ribu kaum Muslim tak berdosa oleh militer Amerika tidak pernah disebut terorisme! Berbagai aksi kejahatan yang dilakukan oleh Yahudi yang menduduki Palestina juga tidak dia sebut sebagai terorisme! Dengan demikian, dalam pandangan Obama, darah bangsa Amerika terpelihara, sementara darah kaum Muslim boleh ditumpahkan dan mereka dianggap sebagai seburuk-buruk manusia!

Terkait Afganistan, Obama pun menyatakan berbagai ungkapan menyesatkan. Ia menyatakan, “Amerika dan negara-negara sekutu bekerja untuk “membangun pemerintahan Afganistan dan masa depannya”, dan “Amerika bekerja agar tidak ada tempat yang aman bagi ekstremis dan pelaku kekerasan”. Begitulah, Obama menggunakan kata-kata penuh penyesatan untuk memalingkan pikiran dari kebenaran! Masalahnya, benarkah Amerika dan negara-negara sekutu bekerja untuk membangun Afganistan dan masa depannya? Ataukah bahwa militer Amerika dan sekutu melancarkan perang brutal di Afganistan?! Faktanya, sejak memegang tampuk pemerintahan pada Januari 2009 lalu, Obama telah menambah jumlah pasukan Amerika di Afganistan menjadi 150 ribu personel saat ini!

Di dalam pidatonya Obama tidak menyebutkan kepentingan ekonomi Amerika di Afganistan. Afganistan adalah negeri Islam yang kaya dengan sumberdaya alam dan memiliki posisi strategis. Sebaliknya, pembicaraan Obama hanyalah tentang pembangunan Afganistan serta perang terhadap para ekstremis dan pelaku kekerasan! Pertanyaannya: jika kaum Mujahidin yang membela negeri mereka melawan negara-negara penjajah yang menduduki negeri mereka disebut “ekstremis dan pelaku kekerasan”, lalu apa sebutan bagi militer NATO yang menembakkan berton-ton artileri, rudal dan bahan-bahan kimia mematikan terhadap kaum Muslim di Afganistan?!

Terakhir, isi pidato Obama tidak lain hanyalah kebohongan-kebohongan yang jelas, kedustaan yang telanjang, dan kerancuan yang amat gamblang-dengan menyatakan bahwa Amerika tidak ingin memerangi kaum Muslim dan bahwa Obama akan menarik militer Amerika dari Irak (tahun 2011). Kerancuan tersebut terbukti dengan pengiriman 30 ribu tentara Amerika ke Afganistan.

Terkait dengan Irak, kebohongan Obama juga tampak nyata. Kementerian Luar Negeri AS mengumumkan pengiriman 7000 veteran ke Irak. Mereka adalah tentara bayaran di bawah kontraktor keamanan yang buruk untuk disebut: Blackwater. The Guardian (15/8/2010) menyiarkan bahwa penarikan militer pendudukan dari Irak hanyalah propaganda untuk memperbaiki potret Obama dari Bush Jr. pendahulunya. The Guardian menambahkan bahwa Amerika menginginkan dari Irak sebuah pangkalan militer tetap bagi AS sebagaimana yang ada di Korea Selatan. Tujuannya adalah untuk menempatkan ribuan tentara Amerika di pangkalan-pangkalan tetap di Irak. Kenneth M. Pollack, di dalam artikelnya di Washington Post (22/8/2010), juga menyatakan bahwa klaim Amerika akan menarik militernya dari Irak tidak lain hanyalah kebohongan semata. Ia menambahkan, bahwa di sana terdapat 50 ribu veteran Amerika di Irak, tetapi dengan nama lain!

Wahai Kaum Muslim,

Wahai Orang-Orang Berakal.

Telah tampak jelas bahwa Obama ingin memperbaiki potretnya dengan ucapan-ucapan yang menipu, seperti yang dia ulang-ulang tentang upayanya mewujudkan perdamaian di Palestina yang jauh lebih banyak dibanding pendahulunya. Di dalam pidatonya, ia menyebutkan dorongannya bagi aktivitas perdamaian di Palestina untuk mewujudkan rencana dua negara. Ia menyatakan hal itu sebagai wujud perhatiannya pada pembentukan negara bagi orang-orang Palestina dan sebuah negara bagi Yahudi (Israel). Ia menyebutkan pembentukan dua negara itu demi kemaslahatan orang-orang Palestina! Padahal semua itu adalah bagian dari penyesatan dan tipudaya.

Apa yang disodorkan Obama itu, yang pertama dan terakhir, adalah untuk kepentingan Yahudi. Dengan solusi dua negara itu, para penguasa di negeri-negeri kaum Muslim, baik Arab maupun non-Arab, mengakui pendudukan Yahudi atas sebagian besar Palestina dan menjadikan Israel sebagai negara yang paling kuat persenjataannya di kawasan itu. Mereka hanya memberikan kompensasi berupa negara semu yang kecil di sebagian tanah Palestina. Negara kecil untuk rakyat Palestina itu tak mengakar. Persenjataannya terlucuti. Negara kecil itu tidak memiliki kedaulatan penuh atas batas-batas wilayahnya, udaranya, transportasi dan komunikasinya, bahkan hingga atas keamanannya. Itulah yang selalu dinyatakan oleh entitas Yahudi baik pagi maupun sore!

Pernyataan Obama seputar dukungan kepada negara Yahudi sudah amat jelas. Obama menyatakan, “dukungan Amerika kepada negara Yahudi adalah doktrin tetap Amerika yang tidak berubah”. Amerika juga menjual 20 buah pesawat F-35 ke negara Yahudi itu. Dalam kampanye Pemilu Presiden sebelumnya, Obama pun telah mengumumkan bantuan keuangan untuk entitas Yahudi yang mencapai 30 miliar dolar Amerika untuk 10 tahun.

Begitulah, wahai kaum Muslim. Pidato Obama penuh racun dan kebohongan. Tepuk tangan dari antek-antek yang telah terjajah dan terpedaya tidak akan meminimalkan bahayanya. Orang-orang itu telah menjual agama mereka dengan sekerat dunia yang sedikit, bahkan hingga tanpa sekerat pun dari dunia.

Karena itu, wahai kaum Muslim, berhati-hatilah dan waspadalah dari racun-racun tersebut sebelum terlambat! []

10 Dzul Hijjah 1431/16 November 2010 M

Hizbut Tahrir Indonesia

Bolehkah menasehati penguasa di tempat umum, baik secara langsung maupun melalui demonstrasi?

Nasehat adalah hak setiap orang, mulai dari rakyat jelata hingga para penguasa. Artinya, mereka mempunyai hak untuk dinasehati, dan sebaliknya menjadi kewajiban bagi setiap orang Mukallaf, tatkala menyaksikan kemungkaran atau kezaliman yang dilakukan oleh orang lain; baik pelakunya penguasa maupun rakyat jelata. Inilah yang dinyatakan dalam hadits Nabi: الدِّينُ النَّصِيحَةُ لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ“Agama adalah nasehat, untuk Allah, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslim, dan orang-orang awam.” (H.r. al-Bukhari dan Muslim) Karena itu, nasehat sebagai upaya mengubah perilaku munkar atau zalim orang lain —baik penguasa maupun rakyat jelata— sesungguhnya tidak dapat dilepaskan dari konteks dakwah bi al-lisan (melalui lisan maupun tulisan), sebagaimana sabda Nabi:مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ“Siapa saja yang menyaksikan kemunkaran, hendaknya mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka hendaknya dengan lisannya.” (H.r. Muslim) Inilah yang dilakukan oleh para ulama Salaf as-Shalih terdahulu, seperti Abdullah bin Yahya an-Nawawi kepada Sultan Badruddin. Dalam Tahdzib al-Asma’, karya Abu Yahya Muhyiddin bin Hazzam disebutkan, tatkala Abdullah bin Yahya an-Nawawi mengirim surat kepada Sultan Badruddin, dan baginda menjawab suratnya dengan marah dan nada ancaman, ulama’ ini pun menulis surat kembali kepada baginda, “Bagiku, ancaman itu tidak akan mengancam diriku sedikitpun. Akupun tidak akan mempedulikan-nya, dan upaya tersebut tidak akan menghalangiku untuk mena-sehati Sultan. Karena saya berkeyakinan, bahwa ini adalah ke-wajibanku dan orang lain, selain aku. Adapun apa yang menjadi konsekuensi dari kewajiban ini merupakan kebaikan dan tambahan kebajikan.”1 Adapun jenis kemunkaran yang hendak diubah, dilihat dari aspek bagaimana pelakunya melakukan kemunkaran tersebut dapat diklasifi-kasikan menjadi dua: Pertama, kemunkaran yang dilakukan secara diam-diam, rahasia dan pelakunya berusaha merahasiakannya;Kedua, kemunkaran yang dilakukan secara terbuka, demonstratif dan pelakunya tidak berusaha untuk merahasiakannya, justru sebaliknya.Jenis kemunkaran yang pertama, dan bagaimana cara mengubah kemunkaran tersebut dari pelakunya, tentu berbeda dengan kemunkaran yang kedua. Orang yang tahu perkara tersebut hendaknya menasehatinya secara diam-diam, dan kemunkaran yang dilakukannya pun tidak boleh dibongkar di depan umum. Sebaliknya, justru wajib ditutupi oleh orang yang mengetahuinya. Nabi bersabda:مَنْ سَتَرَ عَوْرَةً فَكَأَنَّمَا اِسْتَحْيَا مَوْءُوْدَةً مِنْ قَبْرِهَا“Siapa saja yang menutupi satu aib, maka (pahalanya) seolah-olah sama dengan menghidupkan bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup dari kuburnya.” (H.r. Ibn Hibban) Berbeda dengan jenis kemunkaran yang kedua, yaitu kemunkaran yang dilakukan secara terbuka, dan terang-terangan. Dalam kasus seperti ini, pelaku kemunkaran tersebut sama saja dengan menelanjangi dirinya sendiri dengan kemunkaran yang dilakukannya. Untuk menyikapi jenis kemunkaran yang kedua ini, sikap orang Muslim terhadapnya dapat dipilah menjadi dua:1- Jika kemaksiatan atau kemunkaran tersebut pengaruhnya terbatas pada individu pelakunya, dan tidak mempengaruhi publik, maka kemaksiatan atau kemunkaran seperti ini tidak boleh dibahas atau dijadikan perbincangan. Tujuannya agar kemunkaran tersebut tidak merusak pikiran dan perasaan kaum Muslim, dan untuk menjaga lisan mereka dari perkara yang sia-sia. Kecuali, jika kemaksiatan atau kemunkaran tersebut diungkapkan untuk mengingatkan masyarakat akan bahaya orang fasik yang melakukan kemaksiatan tersebut. Maka, pengungkapan seperti ini boleh. 2- Jika kemaksiatan atau kemunkaran tersebut pengaruhnya tidak terbatas pada individu pelakunya, sebaliknya telah mempengaruhi publik, misalnya seperti kemunkaran yang dilakukan oleh sebuah institusi, baik negara, organisasi, kelompok atau komunitas tertentu, maka kemaksiatan atau kemunkaran seperti ini justru wajib dibongkar dan diungkapkan kepada publik agar mereka mengetahui bahayanya untuk dijauhi dan ditinggalkan supaya mereka terhindar dari bahaya tersebut. Inilah yang biasanya disebut kasyf al-khuthath wa al-mu’amarah (membongkar rancangan dan konspirasi jahat) atau kasyf al-munkarat (membongkar kemunka-ran).Ini didasarkan pada sebuah hadits Zaid bin al-Arqam yang menga-takan, “Ketika aku dalam suatu peperangan, aku mendengar Abdullah bin ‘Ubay bin Salul berkata: ‘Janganlah kalian membelanjakan (harta kalian) kepada orang-orang yang berada di sekitar Rasulullah, agar mereka meninggal-kannya. Kalau kita nanti sudah kembali ke Madinah, pasti orang yang lebih mulia di antara kita akan mengusir yang lebih hina. Aku pun menceritakannya kepada pamanku atau ‘Umar, lalu beliau menceritakan-nya kepada Nabi saw. Beliau saw. pun memanggilku, dan aku pun menceritakannya kepada beliau.” 2 Apa yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubay, dan diketahui oleh Zaid bin al-Arqam, kemudian disampaikan kepada Rasulullah saw. adalah kemunkaran (kemaksiatan) yang membahayakan kemaslahatan Islam dan kaum Muslim, bukan hanya diri pelakunya. Abdullah bin Ubay sendiri ketika ditanya, dia mengelak tindakannya, yang berarti masuk kategori perbuatan yang ingin dirahasiakan oleh pelakunya, tetapi tindakan Zaid bin al-Arqam yang membongkar ihwal dan rahasia Abdullah bin Ubay tersebut ternyata dibenarkan oleh Nabi. Padahal, seharusnya tindakan memata-matai dan membongkar rahasia orang lain hukum asalnya tidak boleh. Perubahan status dari larangan menjadi boleh ini menjadi indikasi, bahwa hukum membeberkan dan membongkar rahasia seperti ini wajib, karena dampak bahayanya bersifat umum.3 Karena itu, tindakan mengkritik kebijakan zalim atau munkar yang dilakukan oleh penguasa, baik secara langsung ketika berada di hadapan-nya maupun tidak langsung, misalnya melalui tulisan, demonstrasi atau masirah, bukan saja boleh secara syar’i tetapi wajib.4 Kewajiban ini bahkan pahalanya dinyatakan sebanding dengan pahala penghulu syuhada’, yaitu Hamzah bin Abdul Muthallib, seperti dalam hadits Nabi: سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ المُطَلِّبِ وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ“Penghulu syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Muthallib, dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemunkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.” (H.r. al-Hakim) Apa yang dilakukan oleh para sahabat terhadap ‘Umar dalam kasus pembatasan mahar, pembagian tanah Kharaj, hingga kain secara terbuka di depan publik adalah bukti kebolehan tindakan ini. Adapun pernyataan ‘Irbadh bin Ghanam yang menyatakan, “Siapa saja yang hendak menasehati seorang penguasa, maka dia tidak boleh mengemuka-kannya secara terbuka, tetapi hendaknya menarik tangannya dan menyendiri. Jika dia menerimanya, maka itu kebaikan baginya, dan jika tidak, pada dasarnya dia telah menunaikannya.” 5 pada dasarnya tidak menunjukkan adanya larangan mengkritik atau menasehati penguasa di depan publik, tetapi hanya menjelaskan salah satu cara (uslub) saja. Dengan demikian, bisa disimpulkan, bahwa menasehati penguasa atau mengkritik kebijakan penguasa yang zalim, termasuk membongkar kemunkaran atau konspirasi jahat terhadap Islam dan kaum Muslim hukumnya wajib, hanya saja cara (uslub)-nya bisa beragam; bisa dilakukan langsung, dengan bertemu face to face, atau secara tidak langsung, dengan melalui tulisan, surat, demonstrasi atau masirah. Melakukan upaya dengan lisan, termasuk melalui tulisan, seperti surat terbuka, buletin, majalah, atau yang lain, baik langsung maupun tidak jelas lebih baik, ketimbang upaya bi al-qalb (dengan memendam ketidaksukaan), apalagi jika tidak melakukan apa-apa, sementara terus mengkritik orang lain yang telah melakukannya. Faliyadzu billah. (Hafidz Abdurrahman) (Footnotes)1 H.r. al-Bukhari dan Muslim, Shahihayn, hadits no. 4520 dan 4976.2 Ibn Hazzam, Tahdzib al-Asma’, Dar al-Fikr, Beirut, cet. Pertama, 1996, juz I, hal. 22.3 Hizbut Tahrir, Min Muqawwimat an-Nafsiyah al-Islamiyyah, Dar al-Ummah, Beirut, cet. Pertama, 2004, hal. 112-113.4 Meski sebagai cara (uslub) menyampaikan pendapat, tulisan, demonstrasi atau ma-sirah tersebut statusnya tetap mubah, dan tidak berubah menjadi wajib. Yang wajib adalah menyampaikan nasehat dan kritik terhadap kebijakan zalim atau munkar yang dilakukan oleh penguasa.5 Abu Syuja’, al-Firdaus min Ma’tsur al-Khaththab, Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut, cet. Pertama, 1986, juz III, hal. 591.
Memahami Kehidupan Khusus (Hayat al-Khassah) sebagai mekanisme pencegahan Sumbang Mahram, Rogol, Perzinaan dsb.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Amat menjijik dan meloyakan apabila seorang pelindung sanggup meratah darah daging sendiri. Meruntun jiwa dan menyayat hati membaca paparan kisah anak dirogol bapa , adik-beradik diperkosa abang kandung, datuk merogol cucu dan adik merogol kakak sendiri. Sedangkan telah jelas peringatan Allah Subhanahu wa Taala: Diharamkah kepada kamu berkahwin dengan (perempuan- perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu , dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-nak saudara kamu yang perempuan dan ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan haramkan kamu meghimpun dua-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu),Kecuali yang berlaku pada masa yang lalu.Sesungguhnya Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.[Surah An Nisa:3].

Malangnya, jenayah sumbang mahram seakan-akan kes demam denggi. Menurut laporan Bernama bertarikh 15 Oktober 2010, sehingga Oktober 2010, 38 330 kes demam denggi yang dicatatkan menunjukkan peningkatan sebanyak 18% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, akan tetapi anggota masyarakat seolah-olah kurang prihatin sedangkan ancamannya tidak pernah surut. Begitu juga dengan jenayah sumbang mahram yang menjadi ancaman senyap. Perilaku kejam si perogol yang dianggap jenayah mengikut Seksyen 376A dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta sebatan seolah-olah tidak memberi kesan sehingga tiada lagi kes dilaporkan. Perkara yang menyedihkan, perempuan dan bayi yang menjadi

mangsa berdepan dengan masa depan yang kelam.

“Remaja hendaklah mengelakkan suasana yang membolehkan mereka menjadi mangsa rogol“ kata DSP Zahari Mohamed, Ketua Polis Daerah Keningau ketika mengulas kes sumbang mahram seorang datuk berumur 51 tahun yang melakukan sumbang mahram terhadap cucunya yang berumur 13 tahun [http://www.keningaukini.com/index.php?option=com_content&view=article&id=395%3Apolis-tahan-datuk-disyaki-lakukan-sumbang-mahram-cucunya-&catid=1%3Akeningau]. Jika seorang anak perempuan keluar rumah, umum mengetahui risiko yang bakal dihadapi si gadis seperti kemungkinan diculik, ancaman peragut, perogol bersiri dan sebagainya. Jika ibu bapa dapat memastikan anak gadis mereka selamat daripada dilarikan oleh ‘jin berbulu lebat dari Gunung Jerai’ ketika berada di luar rumah, namun, apakah yang dapat memastikan si gadis selamat di rumah sendiri?

Pelbagai pihak menyatakan sebab-sebab berlakunya sumbang mahram. Antara faktor yang dikemukakan adalah rumah kecil yang sempit sehingga tiada bilik khusus untuk anak gadis yang sedang membesar menyebabkan anak-anak lelaki dan perempuan tidur di ruangan yang sama, hingga berlaku kejadian sumbang mahram.

Memahami Kehidupan Khusus (Hayat al-Khassah)

Wanita diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan kecantikan tersendiri yang mampu meruntun nafsu syahwat lelaki sehingga menimbulkan kebinasaan jika tiada pengaturan dalam bentuk hukum-hakam untuk memenuhi atau mengekang nafsu tersebut. Islam telah memberi garis panduan kepada umatnya dalam hal ini seperti perintah menundukkan pandangan: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka [Surah an Nur:30]. Tarikan oleh wanita ini diterangkan dengan jelas melalui lafaz yang digunakan dalam Al Quran untuk merujuk kepada kaum Hawa iaitu “al untha, “al-mar’ah” dan “al-nisa” yang mana menurut kamus al-Munjid, lafaz al-mar’ah bermakna sedap dan enak. Ini bermakna sesuatu yang enak dan sedap sama ada dari segi percakapan atau bentuk tubuh akan dapat menggoda kaum lelaki walaupun daripada darah daging sendiri. “Tidaklah aku meninggalkan fitnah sepeninggalku yang lebih berbahaya terhadap kaum lelaki dari fitnah (godaan) wanita.” (Muttafaqun ‘alaih, dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhum). Justeru, kita perlu memahami terlebih dahulu konsep kehidupan khusus agar dapat memberi pencerahan tentang pengaturan yang ditetapkan syarak untuk memastikan kehormatan dan maruah wanita terpelihara, serta kecenderungan untuk berlaku perzinaan, rogol dan sumbang mahram dapat dielakkan.

Sebelum penulisan ini melanjutkan perbahasan tentang kehidupan khusus (hayat al-khasah/private life), ingin dinyatakan secara terperinci definisi kehidupan umum dan kehidupan khusus. Definisi ini adalah definisi mudah agar kedua-dua kehidupan ini dapat dibezakan hitam dan putihnya.

Definisi Kehidupan Umum

Kehidupan umum merupakan situasi dimana kita tidak perlu meminta izin untuk masuk ke sesuatu tempat. Contohnya, kita tidak perlu meminta izin untuk masuk ke pasar, klinik dan tempat-tempat awam lain, termasuklah kenderaan awam seperti bas, teksi, sistem transit aliran ringan dan sebagainya. Oleh itu, ketika berada di tempat umum seperti ini, wanita mestilah berada dalam keadaan menutup aurat yang meliputi kewajipan mengenakan khimar (kain tudung): Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang [biasa] nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya [Surah An Nur:31]. Selain itu, kewajipan memakai jilbab juga terkena kepada wanita tatkala mereka berada di tempat umum, Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Dalam kehidupan umum, wanita juga dilarang bertabarruj. Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu [Surah Al-Ahzab:33]. Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haidh dan mengandung] yang tiada ingin menikah [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian [luar] mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan [Surah An Nur:60].

Kehidupan khusus

Kehidupan khusus merupakan tempat atau lingkungan yang memerlukan keizinan daripada tuan punya tempat untuk memasuki tempat tersebut. Contoh tempat khusus ialah bilik asrama, rumah, dan sebagainya termasuk kenderaan milik persendirian.

Sangat penting bagi kita untuk memahami bahawa dalam kehidupan khusus, wanita bebas untuk berpakaian selagi auratnya di hadapan muhrim dan aurat di hadapan sesama wanita, sama ada Muslim atau bukan Muslim terjaga. Di sini, wanita boleh menzahirkan kecantikan dan perhiasan yang tidak boleh dilihat selain mahram atau wanita lain.

Seandainya tidak ada pengaturan tentang kehidupan khusus ini tadi, pastilah mudah berlaku kemaksiatan (pelanggaran hukum) apabila penceroboh memasuki rumah, kenderaan atau tempat persendirian tanpa izin.


i) Perintah Meminta Izin Sebelum Memasuki Rumah

Secara umumnya, kes-kes pecah rumah dan kecurian yang berlaku di bandar menyebabkan rumah-rumah sering berkunci walaupun ada penghuni di dalamnya. Hal yang sama kurang diperhatikan di kawasan kampung kerana hubungan antara jiran setempat adalah lebih mesra. Senario ini menyebabkan ada sebahagian anggota masyarakat yang beranggapan mereka bebas ‘keluar masuk’ rumah orang lain sehingga menyebabkan berlaku kejadian yang tidak diingini apabila aurat wanita penghuni rumah terdedah kepada muhrimnya atau yang bukan muhrimnya disebabkan budaya ‘rumah kau rumah aku’ itu tadi. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat [Surah an Nur:27].

Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam juga telah mengingatkan melalui sabda baginda: Siapa sahaja yang memasukkan pandangannya ke dalam rumah orang lain tanpa seizin penghuninya, bererti dia telah menghancurkan rumah itu [HR at-Thabrani].

Peri pentingnya meminta izin dan mengucapkan salam ini ditegaskan menerusi hadis riwayat Abu Dawud: Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam “Adakah aku perlu meminta izin kepada ibuku?” Baginda menjawab, “Tentu sahaja”. Lelaki itu kemudiannya berkata, “Sesungguhnya ibuku tidak memiliki pembantu selain diriku. Lalu setiap kali aku masuk (rumah) mesti meminta izin? Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam bertanya semula, “Adakah kamu suka melihat ibumu telanjang?” Lelaki itu pun berkata, “Tentu tidak”. Selanjutnya, Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kerana itu, mintalah izin kepadanya”.

Pengecualian daripada meminta izin sebelum memasukinya hanya jika rumah yang ingin dimasuki tidak didiami dan seseorang itu mempunyai keperluan atau sebab yang kuat untuk memasukinya. Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah Mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan [Surah an Nur:29].



ii. Perintah meminta izin untuk menziarah dalam tiga waktu

Islam juga mengatur “privacy” pasangan ibu bapa ataupun kaum wanita bersama lelaki mahramnya. Sebelum anak-anak memasuki bilik atau kawasan yang telah dikhususkan bagi pasangan itu di dalam rumah tersebut, mereka perlu meminta izin pada waktu-waktu tertentu. Allah telah menetapkan bahawa ada tiga ruang senggang waktu yang khusus dimana anak kecil pun perlu diajar untuk masuk dengan izin, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba sahaya (lelaki atau perempuan) yang kalian miliki dan anak-anak yang belum baligh diantara kalian untuk meminta izin kepada kalian tiga kali (dalam sehari) iaitu; sebelum subuh- ketika kalian menanggalkan pakaian (luar), ditengahari dan sesudah solat Isya’. Itulah tiga masa yang aurat bagi kalian. Tiadalah berdosa atas kalian dan tidak pula atas mereka diluar waktu itu. Mereka melayani kalian, sebagaimana kalian (ada keperluan) kepada sebahagian yang lain. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatnya kepada kalian, Allah Maha Tahu dan Maha Bijaksana. Jika anak-anak kalian telah baligh hendaklah mereka meminta izin sebagaimana orang-orang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah Maha Tahu dan Maha Bijaksana.” [Surah An Nur: 58-59]. Tiga masa di atas adalah waktu aurat kerana pada ketika itu aurat banyak terbuka. Apabila pendidikan seperti ini ditanamkan kepada anak, maka dia akan menjadi anak yang memiliki sopan-santun dan menampilkan peribadi yang mulia. "Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik." [HR Ahmad dan Tirmidzi].



Memahamkan anak tentang pentingnya meminta izin untuk menziarah atau masuk ke bilik ibu bapa dalam tiga waktu ini dilakukan seiring dengan perintah dalam hadis tentang pemisahan tempat tidur anak: Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.” [HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim].

Ini adalah kerana usia antara 7-10 tahun merupakan usia ketika kanak-kanak mengalami perkembangan yang pesat. Anak mulai melakukan eksplorasi ke dunia luar sehingga dia tidak hanya berfikir tentang dirinya, tetapi dia juga berfikir berkenaan dengan sesuatu yang ada di luar dirinya. Pemisahan tempat tidur merupakan usaha untuk menanamkan kesedaran pada anak tentang kewujudan dirinya. Jika pemisahan tempat tidur tersebut terjadi antara dirinya dan orang tuanya, sekurang-kurangnya anak telah dilatih untuk berani berdikari. Anak juga dicuba untuk belajar melepaskan perilaku lekatnya dengan kedua ibu-bapanya (attachment behavior). Jika pemisahan tempat tidur dilakukan terhadap anak dengan adik-beradiknya yang berbeza jantina, secara langsung dia diberi pendedahan sehingga timbul kesedarannya tentang wujudnya perbezaan jenis kelamin.



Selain ulasan berkenaan pengaturan tentang anak-anak yang masih belum baligh, kita juga perlu memhami beberapa golongan manusia yang mempunyai status sama seperti mahram kepada wanita,sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah An Nur:31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-sahaya yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.



Daripada Surah an-Nur di atas, jelas bahawa golongan yang dimaksudkan adalah:

1. Hamba sahaya sama ada lelaki atau wanita.
2. Orang-orang yang tidak memiliki keinginan seksual terhadap wanita seperti orang-orang tua.
3. Orang yang menghidap penyakit dimensia (pikun).
4. Orang yang telah dikembiri.
5. Orang yang telah terpotong alat kelaminnya.

Justeru, hanya orang-orang yang disebutkan di atas yang boleh melihat aurat wanita dalam kehidupan khusus sebagaimana aurat wanita itu di hadapan mahramnya atau di hadapan wanita lain sama ada Muslim atau bukan Muslim.



Khatimah

Manusia diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan naluri-naluri (gharaiz) dan salah satu daripada naluri ini adalah naluri untuk melanjutkan keturunan (gharizah an-nau’) termasuklah keinginan terhadap lawan jenis. Hukum-hakam yang diturunkan oleh Sang Pencipta Azza wa Jalla bukanlah untuk menyusahkan manusia sebaliknya diturunkan kepada manusia untuk memastikan kewujudan naluri ini tadi dapat dipenuhi atau dikekang berlandaskan hukum syara’ agar memberi ketenangan dan kesejahteraan kepada manusia sama ada lelaki atau wanita. Memahami kehidupan khusus dan lain-lain hukum yang terkait dengannya seperti kewajipan menjaga pandangan, menutup aurat iaitu mengenakan tudung dan jilbab, menghindari khalwat, dsb akan dapat memastikan taqwa dan ‘iffah seorang muslim terjaga. Keadaan ini dapat menghindarkan kita daripada sebarang pelanggaran hukum seperti rogol, zina, sumbang muhrim dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hanya kewujudan Islam secara kaffah dalam sebuah negara iaitu melalui Daulah Islamiyyah akan dapat memastikan kesejahteraan umat secara menyeluruh. Kesejahteraan ini dapat dirasakan tatkala penerapan seluruh hukum syarak oleh Daulah Islamiyah kerana adanya penguatkuasaan oleh pemerintah tentang kewajipan menutup aurat, pelaksanaan sistem uqubat termasuk hudud, qisas, takzir dan mukhalafah. Daulah Islamiyah akan memastikan bahawa sesuatu permasalahan seperti kes rogol, zina dan sumbang mahram tidak hanya menumpukan usaha terhadap hukuman dan pencegahan semata-mata, sebaliknya segala daya usaha yang ditumpahkan untuk menyelesaikan suatu permasalahan adalah untuk meraih redha Allah Subhanahu wa Taala semata-mata. Wallahu ‘alam bisshawab.
Share:

5 manusia berfikir:

  1. salam..ukhti...baru dapat baca satu cerita..amat menarik..insyaAllah..akan singgah untuk baca cerita setersunnya..

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam..oh..ok2..silalah bce bnyk2 ye.. :)

    ReplyDelete
  3. salam..thanks atas perkongsian.. ^^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt
    Walaupun kuasa pemerintah Khalifah Sultan Abd Hamid kian lemah, tetapi kuasa pemerintahan Khilafah Utmniyyah berakhir pada 1924. Mengikut Ijma` Sahabah, kuasa pemerintahan khilafah tidak boleh terputus dlm tempoh 3 hari dan 3 malam bermula wafatnya Rasulullah saw. Jika tidak semua manusia hidup dlm keadaan murtad (Surah AlMaedah:54 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya.) kecual mrk yg kembali mentadabbur AlQuran utk menegakkan kembali Daulah sebagaimana Rasulullah saw lakukan. Pada masa Saidina Umar AlKhattab r.a. dlm keadaan nazak, beliau telah menamakan 8 orang calon (termasuk Uthman dan Ali) utk dilantik sebagai khalifah dan sekiranya tiada kesepakatan dlm tempoh 3 hari, hendaklah dibunuh kesemuanya. Sekrang ni sudah lebih 86 tahun, tidak terlantik, apa cerita! Mereka dgn dosa2 mrk dan skrg kita kena usaha melepasi pusingan dosa2 tersebut dgn kembali pada AlQuran. (Surah AlBaqarah:143تِلۡكَ أُمَّةٌ۬ قَدۡ خَلَتۡ‌ۖ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَلَكُم مَّا كَسَبۡتُمۡ‌ۖ وَلَا تُسۡـَٔلُونَ عَمَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ Wallahualam

    ReplyDelete
  5. best citer yg 1st . citer2 lain blm sempaat bce lgik ..

    ReplyDelete

Chat with me

Blog Archive