26 December 2010

perasaan ku . keseronokkan ku . .

Assalamualaikum . . Dah lama tak update entry . Jadi entry hari ni ana nak meluahkan perasaan ana.
Rasa nak tergelak pula dengan perkataan " perasaan ana ". Tapi , tak pelah . Ana rasa sedih sangat terhadap followers blog ana . Diorang ni follow blog ana sebab apa eh ? Ana tak sukalah orang follow blog ana sebab blog ana ni comel or cantik . Terus terang ana cakap ana memang tak suka . Ana nak orang follow blog ana sebab isi yang ada dalam blog ana ni menarik .

Tolonglah ana kawan2 , janganlah follow blog ana kalau anda anggap blog ana ni hanya comel . Followlah blog ana disebabkan isi yang menarik . Kalau tak de isi yang menarik , tak payah follow ye . Ana mengharap sangat2 agar anda semua komen kat entry dalam blog ana ni . Please . .

Kalau tak nak komen , ana tak nak bagi award lagi . Ana nak merajuk . Hahahaha . . Guraulah . . Ana bukan nak merajuk , tapi ana cuma tak nak bagi award . Tak kisahlah anda nak komen apa2 pun , asalkan kata2 anda tu yang baik2 . Jangan yang buruk2 ye . Sebab kurang enak untuk dibaca . Kalau kawan2 , suka blog ni , LIKE la page Kemuliaan Islam kat fb . Tu je ana harapkan . Tolong ana ye . Ana tau entry ni macam lawak je . Tapi , itulah harapan ana .

Ana jeles dengan blog yang ada banyak komen . Tapi , ana tak jeles dengan blog yang ramai follower . Tapi , dulu ana jeles dengan blog yang ramai follower . Sedih ana rasa . Kalau tak nak tolong pun tak pe la . Ana tak kisah .

Masuk Cerita Lain

Sudah nak masuk sekolah . Cuti dah nak habis . Kena kembali ke sekolah . Happy ana rasa . Best ! Boleh jumpa kawan lagi . Dan ana nak cuba rapat dengan kawan ana . Barulah senang nak ajak mereka . Tak sabarnya . Rasa semangat sangat2 nak mengatakan yang haq dengan rakan2 sekolah ana .

Perkara2 yang ana nak cuba lakukan dengan perasaan yang berani di sekolah :

Kalau mereka buat salah , ana nak tegur
Kalau ada diantara mereka yang bergaduh , ana nak cuba selesaikan pergaduhan tersebut
Kalau mereka menangis , ana nak cuba pujuk supaya dia kembali ceria
Kalau ada seseorang yang duduk diam , ana nak cuba dekatkan diri dan tawarkan diri untuk mengenalinya
Kalau murid2 dalam kelas bising , ana nak cuba menyuruh mereka dengan perasaan berani agar duduk diam dan baca buku
Kalau ada diantara rakan2 ana yang muka masam , ana nak maniskan muka agar dia turut senyum
Dan yang paling penting , kalau ada manusia yang buat silap , ana nak suruh dia minta maaf kepada manusia yang dia telah lakukan kesalahan .

Kalau kawan2 pula , nak buat apa ye ? Cuba fikir . .

Ana nak merapatkan lagi ukhuwah antara sesama muslimah . Mesti lagi bestkan ?? InsyaAllah . .
Daripada Malaysia sampailah ke Indonesia . Dan seluruh dunia . Wah , tak sabarnya rasa . Lebih indah dan indah . Cantik ~

Tak taulah , semangat ni semakin berkobar-kobar . Tak dapat nak dikatakan . Ermm . . Ada ramai yang cakap pasal cinta . " No couple before nikah "  . Cantik sangat ayat tu . Ayat yang ana suka . Setiap malam , sebelum nak tidur , mesti ana dengan kakak ke 4 ana bersembang . Tapi , bukan sembang kosong tau . Ni sembang yang bermakna . Penuh dengan fikrah . Memang best . Ada je yang nak dibualkan sampai kena tegur dengan abah ana . Hahaha . . Bising betul bersembang .

Pagi dan petang tak de pula nak cerita , malam sebelum tidur pula nak cerita . Memanglah kena tegur supaya cakap perlahan sikit . Memang betul tu , kena diam jangan bising2 .

Tak sabar nak tunggu 1 tarikh ni . Sangat2 tak sabar .

Ana harap sangat2 agar ana ni menjadi seoarang pelajar cemerlang dan wanita solehah . Harapan yang sangat2 tinggi . Doakan ye . Adakalanya kata2 ana ni macam budak2 , adakalanya pula kata2 ana ni macam orang dewasa . Heeee~ Jadi , faham2lah ye .

Sekian . . Assalamualaikum . .
Share:

11 manusia berfikir:

  1. gud luck dgn impian awk :)
    lina pos ta suke org folo lina ats sbb blog cantik dll..
    intipati blog yg penting..

    ReplyDelete
  2. ameen...
    saya doakan kamu yea..:)..
    semoga istiqamah selalu...:)
    moga menjadi pelajar muslimah yang indah di pngan-Nya..

    ReplyDelete
  3. lah kesiannya....banyakkan bersabar ye...walau apa2 pun ante pedulikan je apa yg org lain komen yg tak elok tu. bg ante...ante lagi suka org komen kan? klau nak komen tu ana tak kisah pun tp mesti komen yg baik2lah... bg ana...ana lagi suka ramai follower ...nak tahu apa sebabnya...? sebabnya ialah lagi ramai follower lagi bagus bg ana kerana kita dpat berkongsi ilmu dengan semua follower kita, itu yg penting bkn komen...tp komen ok jugak. maaflah jika komen ana ni...tidak memberangsangkan atau menyakitkan hati ante. Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya" (Ahmad) berpaandukan hadis ini...perkongsian ilmulah yg paling penting skali drpd menunggu komen2 org lain. asif jiddan. min_iqmal / islamicnice

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ya ukhti.. semoga semangatnya terus berkobar2 dan gerak kerja nya istiqamah.. semoga ukhti sentiasa mendapat pertolongan dan keredhaan Allah SWT.. insyaAllah, ukhti mampu lakukannya.. aminnn..

    ReplyDelete
  5. salam ziarah buat julung kalinya...pengisian yg bgus dan berguna skli..jmput ke blog ana yg tiada indah..
    ana follow blog enti tp tiada pksaan enti nak follow blog ana pon..xmngpa..slain pngisian,design pon hebat enti..tahniah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt
    Baguslah kalau enti terbuka fikiran dan lapang dada menerima komen. Lebihkan oksigen dlm badan dan jgn kurangkan oksigen seolah2 kita rasa sesak naik ke langit. Tak semestinya kita terima pendapat orang, dan tak semestinya kita desak org menerima pendapat kita kerana kita sendiri yg membuat pemilihan. Surah AlAn`aam:125فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُ ۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُ ۥ ضَيِّقًا حَرَجً۬ا ڪَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ‌ۚ Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Wallahualam

    ReplyDelete
  7. lina,as-syifa',shirashafrida :
    syukran semua . . bertmbah lagi smngat.. ^_^

    ReplyDelete
  8. iqmal : oh..anta suke ramai orng follow..blog ana mmg ramai follower,tp diorng bkn bce pn..tu yg menyedihkn..

    ad-dien : syukran sbb sudi singgah n bce n komen..dn syukran sbb follow..insyaAllah nnt ana follow..

    tajnur : syukran ats nasihatnya..insyaAllah ..

    ReplyDelete
  9. dekat blog ana ramai pengunjung tp tak ramai yang follow, yg follow sikit sahaja. tak delah..klau dia orang follow,...
    lagi elok sbab...dia org boleh mengetahui segala perkembangan artikel baru yg ana tulis. tp ana tak kisah pun sama ada dia org nak follow ana atau tidak....tp yg paling penting sekali ana dapat berkongsi ilmu dengan follower dan semua pengunjung di blog ana. InsyaAllah. min_iqmal / islamicnice ( http://islamicnice32.blogspot.com )

    ReplyDelete
  10. oh..ok2..
    bgs la kalau mcm tu..mmg sgt bgs..berkongsi bersama2 manusia yg lain..

    ReplyDelete

Chat with me

Blog Archive