31 July 2011

colorful images

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

assalamualaikum semua . bulan ramadhan tinggal beberapa hari lagi je kan ?? tak sabar rasanya . harap ramadhan tahun ni merupakan ramadhan terakhir tanpa Khilafah . ok , hari ni saya nak tunjuk gambar yang colorful untuk korang tengok . credit to : weheartit.com .

sebelum tu , bola sepak sesuatu perkara yang harus/mubah . apabila sampai manusia menjadi assobiyyah dan melalaikan kewajipan , itu dikira dosa dan perkara yang lagha ! lebih baik masukkan diri korang ke dalam barisan pejuang Khilafah lagi dapat pahala daripada bola yang menyebabkan kemurkaan Allah . . fikir2kanlah ye . 


Share:

29 July 2011

Ya Allah , jadikanlah Ramadhan ini yang terakhir tanpa Khilafah

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Sya’ban sudah mula melabuhkan tirainya dengan meninggalkan seribu satu kenangan pahit kepada umat Islam yang masih berada dalam keadaan terhina dan terpecah-belah. Ramadhan 1432H mulai menyingsing dengan seribu satu harapan di hati-hati pencintanya agar di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini, fajar kemenangan segera terbit bagi menghilangkan segala kedukaan yang melanda umat ini sejak sekian lama. Tubuh umat ini telah berpuluh tahun lamanya menderita kesakitan, terlantar tidak bermaya dek bermacam musibah yang menimpanya dari luar dan dalam. Dalam menahan segala kesakitan yang dialami itu, dengan izin Allah SWT, masih terdapat sisa-sisa kekuatan dalam tubuh umat ini yang tidak pernah berdiam diri dan senantiasa melawan segala penyakit yang cuba merosakkannya.

Walaupun sukar kerana sedikitnya kekuatan yang dimiliki berbanding banyaknya musuh yang menyerang, namun perlawanan itu sudah mula menampakkan hasilnya. Ini kerana kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh tubuh ini dibantu oleh Pembuatnya Yang Maha Kuasa. Maka tubuh ini semakin hari semakin menguat dan penyakit yang dialaminya semakin hari semakin pulih manakala musuh yang menyerang pula semakin hari semakin melemah dan semakin hilang arahnya. Tubuh yang perkasa ini sudah mula bangkit dari pembaringan selama ini dan kebangkitan ini tidak pernah disangka oleh musuhnya. Ya, ia sudah mula menampakkan kekuataannya baik dari segi semangat mahupun fizikalnya.

Pihak musuh, walaupun sudah mula goyah, masih tetap memberikan perlawanan yang bertubi-tubi, namun, setiap perlawanan itu hanya semakin melemahkan diri mereka sendiri. Pihak musuh sudah mula menyedari bahawa saki-baki kekuatan yang ada pada mereka sesungguhnya tidak lagi mampu bertahan dan akan hancur sepenuhya apabila gergasi yang mereka ‘kerjakan’ selama ini bangkit sepenuhnya. Mereka kini hanya menghitung hari menuju perkuburan mereka. Tahun berganti tahun dan bulan berganti bulan, kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam sudah tidak dapat dibendung lagi. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh berkat, bulan di mana umat Islam ‘dicaj’ sepenuhnya dan yang ikhlas di antara mereka dilindungi oleh Rabbnya dari syaitan yang direjam. Inilah bulan di mana umat Islam semakin sedar bahawa mereka adalah umat yang satu dan menjalankan ibadah yang satu, puasa mereka satu, berbuka mereka satu serta tarawih (solat) mereka satu. Sesungguhnya musuh tidak akan mampu untuk memisahkan ‘kesatuan’ ini. Cuma, apa yang perlu disedarkan dari umat ini agar mereka pulih sepenuhnya dari segala kesakitan ini adalah bahawa mereka seharusnya mempunyai pemimpin yang satu dan negara yang satu yakni Negara Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah!

Sesungguhnya vaksin atau antibodi yang paling berkesan dalam memulihkan umat ini dari penyakitnya yang kronik adalah ‘Khilafah’. Inilah satu-satunya kelemahan yang masih ada dalam umat ini yang menyebabkannya terpecah-belah. Inilah juga yang membezakan umat Islam sekarang dengan umat Islam generasi terdahulu sebelum umat ini jatuh sakit. Umat Islam terdahulu memiliki seorang Khalifah dan hidup bernaung di bawah kekuasaan Khilafah. Sejak zaman Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, umat Islam berada di bawah Daulah Islamiyyah yang satu dan diteruskan lagi kesatuan ini di bawah pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Umat Islam, ketika berada di bawah pemerintahan Khilafah, telah menjadi umat yang terbaik, terkuat, tersohor dan dimuliakan oleh Allah SWT. Mereka menakluki dunia dengan Islam, mereka memberikan kesejahteraan kepada dunia dengan Islam, mereka membawa rahmat Allah ke seluruh dunia dengan Islam, mereka menjadi kuat dan mulia dengan Islam. Itulah hakikat umat Islam yang bersatu di bawah Khilafah satu ketika dahulu! Namun, setelah jatuhnya Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), segala kekuatan dan kemuliaan itu turut tercabut dari umat Islam.

Justeru, tidak ada cara lain lagi untuk mengembalikan posisi umat Islam kepada sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kecuali dengan menyatukan semula umat ini di bawah Daulah Khilafah. Inilah yang membezakan antara Ramadhan pada zaman Rasulullah SAW serta generasi setelahnya dengan Ramadhan pada zaman kita sekarang. Rasulullah SAW dan generasi sesudahnya menjalani Ramadhan di bawah naungan kepemimpinan Islam, manakala sekarang, kaum Muslimin mengharungi Ramadhan di bawah penindasan para pemimpin yang zalim yang tidak menerapkan Islam sebaliknya memaksakan undang-undang kufur ke atas kita semua. Seandainya umat ini bersatu di bawah Khilafah, maka Insya Allah segala perpecahan dan penderitaan umat ini akan segera berakhir dan diganti dengan segala kebaikan dan rahmat.

Seandainya ada Khilafah, maka menjelang awal Ramadhan, Khalifah dengan serius akan mempersiapkan usaha me-rukyah (melihat) hilal (anak bulan) Ramadhan, sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis baginda. Khalifah akan mengerahkan para ulama, ahli falak dan pakar astronomi di seluruh penjuru dunia baik yang berada di dalam Negara Khilafah ataupun di luar untuk merukyahhilal. Segala teknologi akan digunakan untuk kepentingan Islam dan kaum Muslimin. Siaran langsung acara rukyatul hilal dari seluruh dunia dapat dibuat dan disaksikan sebagaimana siaran langsung pertandingan bolasepak di era Jahiliyah yang kita saksikan sekarang. Kemungkinan detik-detik terlihatnya hilal dapat disaksikan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia.

Setelah terlihatnya hilal di mana-mana pun bahagian dunia ini, maka Khalifah akan segera mengumumkan masuknya 1 Ramadhan atau sekiranya hilal tidak kelihatan, maka bulan Sya’ban digenapkan kepada 30 hari dan Khalifah akan mengisytiharkan tarikh puasa untuk kaum Muslimin seluruh dunia, tanpa mengira batas sempadan sesama Islam, yang sudah tidak lagi wujud di waktu itu. Siaran langsung khutbah (ucapan) Khalifah akan dipancarkan sama ada melalui televisyen, radio mahupun internet oleh Da’irah al-I’lami (Jabatan Informasi) dari ibunegara Khilafah yang akan dapat disaksikan dan didengar melalui satelit oleh kesemua umat Islam di seluruh belahan dunia. Dengan kecanggihan sains dan teknologi yang ada, yang Insya Allah akan dimanfaatkan untuk Islam keseluruhannya, maka seluruh dunia, baik dunia Islam mahupun dunia kafir akan dapat melihat keagungan pemerintahan Islam dan penyatuan umat Islam di dalam menyambut Ramadhan.

Tatkala itu, umat Islam menyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan di mana mereka akan mula berpuasa pada hari yang sama, 1 Ramadhan yang sama untuk kaum Muslimin. Sekiranya terjadi perbezaan pendapat sekalipun dalam menentukan awal dan akhir Ramadhan, namun hal ini dapat diatasi dengan mudah berasaskan aqidah Islam di mana perintah Imam/Khalifah itu wajib ditaati berdasarkan kaedah syarak yang telah menyatu dalam hati umat,”amrul Imam yarfa’ul khilaf” (perintah Imam/Khalifah menghilangkan perbezaan). Sebagaimana umat Islam taat kepada pemerintah mereka yang zalim yang ada sekarang di dalam memulai tarikh 1 Ramadhan, maka Insya Allah adalah jauh lebih mudah dan menggembirakan bagi umat Islam untuk taat kepada perintah Khalifah yang adil dan bertakwa yang akan menentukan tarikh 1 Ramadhan di bawah naungan Daulah Khilafah.

Setelah selesai solat maghrib berjamaah di malam 1 Ramadhan yang diimami oleh sang Khalifah, beliau pun akan berkhutbah kepada umat Islam, sebagaimana Rasulullah SAW berkhutbah (yang juga diikuti oleh Khalifah Umar al-Khattab ra) yang intinya mengingatkan kaum Muslimin tentang keutaman bulan Ramadhan di mana pahala akan dilipatgandakan, bulan kesabaran, bulan pertolongan Allah kepada hambaNya, bulan keampunan (syahrul maghfirah) dan bulan jihad fi sabilillah. Melalui khutbah yang disiarkan secara langsung ini, Khalifah akan mendorong umat Islam untuk melaksanakan amalan wajib di bulan Ramadhan dan memperbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Qur’an, solat tarawih, memperbanyakkan sedekah, menuntut ilmu dan lain-lain lagi. Rakyat Daulah Khilafah pun akan khusyuk mendengar khutbah dan nasihat dari Khalifah, sebuah khutbah yang bukan untuk meraih manfaat dunia atau dipenuhi hipokrasi sebagaimana khutbah para pemimpin umat Islam hari ini. Khutbah ini akan pasti menggentarkan jiwa musuh-musuh Islam yang mendengarnya.

Seandainya ada Khilafah, sesungguhnya bulan Ramadhan ini tidak akan kita isi hanya dengan menahan lapar dan dahaga, membaca Al-Qur’an atau solat tarawih berjamaah, tetapi juga akan diisi dengan berperang di jalan Allah SWT (jihad fi sabilillah). Sebagaimana Rasulullah SAW yang telah memobilisasi umat Islam untuk berjihad dalam perang Badar dan Fathu Makkah pada bulan Ramadhan, maka pada bulan yang sama, Insya Allah Khalifah akan menggerakkan umat Islam di seluruh penjuru dunia, menggerakkan tentera-tentera Islam yang sekian lama ‘dimandul’ dan ‘dibaculkan’ oleh para pemimpin sekarang, untuk segera meraih kesyahidan atau kemenangan, dengan membebaskan negeri-negeri Islam yang masih dijajah oleh negara-negara imperialis. Umat Islam bersama jutaan tentera Islam yang terlatih yang terdiri dari pelbagai bangsa, bermacam ras dan warna kulit, dari pelbagai benua, bergerak bersama-sama di bawah komando sang Khalifah ke Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan Thailand dan lain-lain bagi menyahut seruan Allah dan RasulNya. Ramadhan akan diisi dengan salah satu amalan yang paling mulia yakni jihad fi sabilillah tanpa bisa dihalangi oleh nasionalisme yang selama ini membelenggu dan Khalifah akan ‘mempersetankan’ PBB yang selama ini menjadi penghalang. Tatkala itu, gementarlah jantung orang-orang kafir musuh Islam, pucat-lesilah wajah-wajah mereka dan kehancuran mereka amatlah dekat!

Seandainya ada Khilafah, sesungguhnya kita tidak akan hanya menikmati juadah berbuka yang banyak dan enak sementara membiarkan saudara-saudara kita di Gaza berbuka dengan bedilan roket dan peluru-peluru Zionis Yahudi. Kita tidak hanya akan duduk bertasbih dan berzikir khusyuk di sudut-sudut masjid meraih manfaat individu, sementara kita membiarkan masjid-masjid di Palestin dikuasai dan dirobohkan oleh Yahudi laknatullah. Kita tidak hanya akan menangis pilu di saat berdoa di malam Qadar yang sepi, sementara kita membiarkan tangis pilu jutaan anak yatim dan para wanita yang kehilangan sanak saudaranya di seluruh dunia. Sesungguhnya kita akan mengisi dan menghiasi Ramadhan dengan keringat dan darah yang bakal tumpah dengan kemuliaan dan keagungan di medan perang, demi membebaskan saudara-saudara kita yang tertindas dan dizalimi di bahagian mana sekalipun dunia ini.

Seandainya ada Khilafah, umat Islam tidak akan melalui hari-hari di bulan Ramadhan dengan penuh noda dan dosa. Umat Islam tidak akan melaluinya dengan hidangan berbuka yang berlebihan di ruang-ruang berhawa dingin apatah lagi di hotel-hotel mewah, sementara membiarkan ramai saudara-saudara mereka yang terpaksa berbuka dengan segelas air kosong dan sekeping roti. Khalifah tidak akan sekadar mendorong umat Islam untuk memperbanyak sedekah di bulan Ramadhan terhadap orang yang miskin, kerana sedekah, walaupun mendapat pahala, tetapi tidak akan menyelesaikan masalah kemiskinan secara tuntas. Apa yang akan dilakukan oleh Khalifah adalah membuang ‘sistem’ yang memiskinkan rakyat, iaitu sistem Kapitalis dan menggantinya dengan sistem ekonomi Islam yang akan pasti membawa kesejahteraan kepada umat Islam khususnya dan dunia amnya.

Khalifah akan menerapkan ekonomi syariah yang akan menghentikan praktik-praktik ekonomi kapitalis yang menjerat rakyat dan menjadi jalan yang diambil oleh para pemimpin sekular untuk merompak kekayaan negeri-negeri umat Islam. Praktik perbankan ribawi, saham yang spekulatif, mata wang kertas yang bersandarkan kepada dolar dan sebagainya yang menjadi penyebab utama ketidakstabilan ekonomi akan segera dihentikan. Bersandarkan kepada sistem ekonomi Islam, Khilafah akan membuka dengan luas sektor ekonomi nyata (bukan spekulatif) yang akan menyediakan lapangan kerja kepada umat. Khilafah juga akan menjamin pemenuhan keperluan asas setiap individu rakyat (makan, pakai dan tempat tinggal) dan menjamin pendidikan dan kesihatan yang percuma untuk rakyat.

Seandainya ada Khilafah, maka umat Islam akan melalui Ramadhan tidak lagi dengan sikap yang hipokrit dan dusta. Kita terlalu sering mendengar secara berulang-ulang umat Islam menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan ketakwaan, tetapi hakikatnya mereka masih tetap bergelumang dengan riba tanpa sedikit pun rasa takut kepada Allah. Ramai yang menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk beribadah, tetapi hakikatnya mereka hanya berdiam diri dengan sistem kufur yang ada sekarang. Ramai yang menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan rahmat, tetapi hakikatnya mereka masih tegar dengan amalan assabiyyah dan wathaniyyah yang diharamkan oleh Islam. Berulang-ulang kali umat Islam menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Qur’an yang harus kita jadikan pedoman hidup, tetapi hakikatnya masih ramai di kalangan umat Islam yang mencampakkan (hukum-hakam) Al-Qur’an. Umat Islam menyatakan bahawa bahawa Al-Quran adalah ‘hudan linnas’ (petunjuk bagi manusia), tetapi hakikatnya mereka mengabaikan petunjuk ini sepanjang masa.

Inilah yang dikhuatirkan oleh Rasullah SAW kepada umatnya sebagaimana dinukilkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

“Berkatalah Rasul, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini sebagai suatu yang diabaikan” [TMQ al-Furqan (25):30].

Para Mufasirin mengkategorikan banyak sikap dan perilaku kaum Muslimin yang dikatakan sebagai mengabaikan (mahjuran) Al-Quran atau mengambilnya secara acuh tak acuh. Di antaranya adalah menolak untuk mengimani dan membenarkannya, tidak mentadabbur (melihat dan mengkaji) dan memahaminya, tidak mengamalkan dan tidak mematuhi perintah dan larangannya serta berpaling darinya. Seandainya ada Khilafah, Insya Allah hal ini tentu tidak akan terjadi kerana Khilafah akan menjadikan Al-Quran sebagai hukum (undang-undang) negara yang wajib diterapkan dalam segala aspek kehidupan. Khilafah akan melaksanakan sistem pendidikan di mana Al-Quran dan Hadis dijadikan teras pelajaran dan bahasa Arab diwajibkan agar setiap seorang dari umat Islam akan memahami Al-Quran. Dengan demikian Al-Qur’an dan As-Sunnah benar-benar menjadi pedoman hidup dan pentunjuk bagi umat Islam.

Seandainya ada Khilafah, maka kita akan menyaksikan bukan sekadar pembebasan umat Islam dan tanah-tanah kaum Muslimin dari cengkaman penjajah oleh Sang Khalifah, malah kita akan menyaksikan Khilafah membuka (futuhat) negeri-negeri baru yang tidak pernah dibuka oleh umat Islam generasi terdahulu. Kita akan menyaksikan bukan sahaja negara-negara kecil, malah negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah ditaklukkan oleh Khilafah. Kita akan menyaksikan pusat Kristian (Rom) akan jatuh ke tangan Islam, sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tatkala ditanyakan oleh sahabat

“Di antara dua kota, yang manakah akan dibuka terlebih dahulu, Kontantinople atau Rom? Jawab Rasulullah SAW, ‘Konstantinople iaitu kotanya Heraklius” [HR Ahmad].

Konstantinople telah pun dibuka oleh panglima Islam dan tentera Islam yang terbaik di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih setelah lebih 800 tahun janji Rasulullah SAW. Namun kota kedua yang dijanjikan oleh Rasulullah akan dibuka iaitu Rom, masih lagi belum dibuka hingga kini. Siapakah lagi yang akan membuka kota Rom ini dengan jihad dan futuhat, jika bukan Khilafah yang kedua?

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sukarkah untuk kalian memahami bahawa Deen Islam ini sesungguhnya telah dikembangkan oleh generasi terdahulu tatkala mereka dipimpin oleh seorang Khalifah melalui jalan dakwah dan jihad ke seantero dunia? Sukarkah untuk kalian memahami bahawa segala kebesaran, kehebatan dan kemuliaan yang diraih oleh umat Islam terdahulu adalah kerana mereka bernaung di bawah Daulah Khilafah yang senantiasa berdakwah dan berjihad membuka negeri-negeri baru dan menerapkan hukum Allah di tanah mana pun yang mereka pijaki? Justeru, fahamilah bahawa hanya dengan adanya Khilafah, maka barulah umat ini akan meraih semula kemuliaannya sebagai umat yang terbaik yang dikeluarkan oleh Allah untuk manusia. Ya Allah! Jadikanlah Ramadhan kami ini yang terakhir tanpa Khilafah....Amin ya Rabbal Alamin.
Share:

25 July 2011

apa perbezaan menyukai manusia disebabkan sayang atau kagum ?

 بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum . Allah . . penatnya kat sekolah tadi , hanya Allah je yang tau . punyalah tadi , cikgu marah sebab tak masuk kawat . haha . . saya apa lagi , biarkan je la . tak kisah pun . kalau saya cakap tak nak , memang tak nak la , tak de siapa dah yang boleh paksa . Rabu ni ada hari koko , cikgu kata wajib . tapi , apa saya kisah . . saya tak nak datang . . :)

hari tu , saya ada cerita masalah saya kat sahabat tercinta . saya cakap saya suka kat seseorang . saya mintaklah nasihat dia . saya cakap yang saya suka dia sebab dia 'macam' baik . lepas tu sahabat tercinta saya bagilah nasihat . . dan saya tertarik dengan kata2 dia .
dia cakap :
kiranya ukhti ni mcm ana lh ..
bg pendapat ana bwt ukhti dan juga semestinya untuk diri ana ni .. ana rase,mungkin tu smua rasa kagum ..
kagum dgn peribadi dan akhlak dye .. suka dgn tingkah laku dye .. hurmm .. ana rasa kalau mcm tu xpe .. cuma kita kene sedaya upaya elak drpd ingt kat dye .. lupakan perasaan kita terhadap dye .. bile nmpak dye tngh bwt baik ..
seelok2nya ukhti ckp dlm hati " alhamdulillah,ALLAH yg cipta dye "
saya rasa betul jugak tu . saya ni pun cepat sangat kagum dengan manusia , baik lelaki mahupun perempuan . kadang saya keliru , tapi tak mengapa tu hanya perasaan manusia sahaja kan . saya tak tau saya suka kat siapa . memang tak tau . kalau saya suka seseorang pun , biarlah orang tu digelar 'suami saya' . kalau korang nak tau , saya kalau suka seseorang , saya tak suka kalau orang tu suka saya balik . tah tak tau sebab apa , rasa macam tak best . tapi kalau suami tu , mestilah suka kan .

kalau saya suka seseorang , saya tak suka kalau orang tu tau . nanti mulalah saya akan rasa malu tak tau nak letak muka kat mana . pada hakikatnya , saya betul2 harap dia suka kat saya . tapi , bila saya dapat tau dia suka saya , saya terus tak nak ! saya tak nak dia suka saya , tapi saya berharap . faham ? haha . . merepek je . tapi2 , tak perlulah nak suka kat manusia yang belum berfikiran yang bagus , yang akan saya kagumi . lagipun , belum saya temui lagi .

kalau korang pulak macamana ? korang betul2 sayang ke kat orang yang korang suka ? ke hanya sebab dia cantik/hensem/kaya/bergaya/pandai ?? tak kisahlah nak suka kat sesiapa pun sebab tu fitrah manusia . tapi , jangan melebih2 sudah . faham maksud melebih2 ? maksudnya jangan sampai ingat teramat kat orang yang korang suka , nanti jadi lain . janganlah jadi manusia yang bercinta separuh nak mati bagai hape tah . nanti dosa ! kalau tak dapat cinta manusia tak pe , jangan pulak tak dapat cinta Ilahi .

banyak sebab saya kagum dengan manusia ni . tapi , kalau seseorang tu cantik/hensem , saya takkan kagum sebaliknya saya hanya anggap ia adalah ciptaan Allah dan wajib bagi empunya diri supaya bersyukur . dan tak perlu nak jeles kat orang yang cantik/hensem . bersyukurlah apa yang ada . kalau seseorang tu pandai dalam akademik , baik dalam akhlak , merdu dalam suara ketika mambaca ayat suci al-quran , berfikiran yang mustanir/cara cakap bagai orang yang pakar bab Islam , rajin pergi masjid , menjaga aurat dan menundukkan pandangan , tak mudah terpengaruh meski banyak manusia yang berperangai buruk disekeliling , rajin solat tahajjud dan lain2 tu la ciri2 manusia yang saya kagumi . korang macamana pulak ?

apa2 pun , kagum kan lebih baik sebab kita semua ciptaan Allah . :) jangan dengki2 ye .
Share:

24 July 2011

hidup ini sudah makin singkat . .


 بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum . . kembali lagi saya untuk update blog setelah beberapa hari tak update blog . saya tau baru je 2 hari , tapi rasa macam lama bebeno . sejak 2 menjak ni , banyak manusia yang memuhasabah saya dengan muhasabah yang alhamdulillah sangat2 banyak . kepada mereka yang telah memuhasabah sedikit demi sebanyak , moga Allah merahmati hidup kalian dan disinari dengan cahaya kebenaran setiap masa . amin . .

saya tau , setiap manusia tidak terlepas daripada sebarang kesilapan meski sebesar zahrah pun termasuk saya . sekali kita melakukan kesalahan , perlulah menginsafinya . janganlah berasa diri sudah cukup mulia . saya pun masih banyak lagi dosa , dosa dengan Allah , sesama manusia . Allah , hanya Engkau je yang tau betapa banyaknya dosa ini . moga kita semua dilimpahi rahmat-Nya dan keredhaan-Nya . amin .


alhamdulillah , selama saya berada di dunia ini dan sehingga sekarang sudah ramai yang menyedari akan peri pentingnya pengembalian semua sistem Islam ini untuk memimpin dunia . alhamdulillah . . sehari demi sehari , hati mereka telah terbuka dengan kecantikan sistem Islam . dunia sudah sangat2 parah akibat dipimpin oleh sistem kapitalisme sekularisme . lihatlah dunia ini , berlakunya bencana yang dahsyat sana sini . berlakunya kemunduran ekonomi yang sangat luar biasa . berlakunya hutang negara yang berlipat kali ganda banyaknya . berlakunya kemaksiatan yang sangat2 tidak terkawal . maka dengan adanya itu semua itu , kita sudah rasa betapa tidak lama lagi Islam pasti akan memimpin dunia kerana itu merupakan janji Allah !
ya Allah , sungguh hamba inginkan mati syahid dunia akhirat . kurniakanlah ya Allah . kurniakan juga mati syahid dunia akhirat kepada manusia yang inginkannya . amin . .
alhamdulillah , kerana urusan saya dan keluarga dipermudahkan oleh Allah . sungguh saya sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas , alhamdulillah . di sekolah , walaupun suasananya tidak tenang dan banyak maksiat berlaku , saya masih mampu untuk bertahan kerana Allah membantu saya untuk tetap bertahan . tanpa Allah , siapalah saya . . sungguh kadang2 tu hati saya sangat2 terluka disebakan perangai murid2 di sekolah bagai tidak punya akal yang sihat . sikap mereka tidak dapat saya gambarkan di sini kerana betapa runtuhnya akhlak remaja sehinggakan guru yang memberikan nasihat dengan cara yang baik juga dihentam ! moga Allah memberikan mereka petunjuk . amin . .


saya tau , saya seorang budak yang berumur 14 tahun yang masih belum cukup berpengalaman dalam hidup . meskipun begitu , saya juga sudah banyak melihat bermacam2 jenis perangai manusia manusia . ada yang tahap pemikiran mereka cetek . ada yang mendalam , dan amat jarang yang perfikiran cemerlang/mustanir *saintis pun tidak memiliki pemikiran cemerlang seperti ini . walau apa pun , marilah menjadikan tahap pemikiran kita , tahap yang cemerlang/mustanir .

sebelum saya mengakhiri entry saya pada hari ni , saya ingin meminta maaf kepada anda semua kalau2lah tidak lama lagi masa saya akan tiba . sungguh , saya rindu akan sistem pemerintahan Islam , saya rindu akan Khilafah . moga saya sempat untuk marasai hidup di bawah naungan Daulah Khilafah . dan saya nak ingatkan beberapa perkara , jika anda nak mati syahid dunia akhirat , berdoalah . insyaAllah pasti akan Allah kurniakan . :)

Share:

23 July 2011

Lowkey : hebat jugak lagu dia ni

haha . . tajuk entry tak boleh bla . *maaf , ayat kurang elok , tapi still tak dosa . :)
tadi , saya dengar lagu album terbaru Sami Yusuf . dan mulalah belek2 lagu lain . lepas tu , terdengar pulak lagu ni . best jugak la .

lepas tu , terjumpa pulak video pasal terroris . mulalah dalam video tu tanya siapakah terroris . dan mereka cakap MUSLIM bukan terroris ! maka , akan ada jugaklah orang yang komen yang tak berpuas hati .

dan2 , akhirnya saya terjumpa satu lagu ni yang ada rap jugak . agak hebat . [Lowkey - Terrorist]
sebab apa saya tertarik ngan video tu ? nak tau . . kena la tengok sendiri . yang menariknya , dia ada letak jugak gambar Obama . haha . .

credit : google

Share:

22 July 2011

misi mencucuk mata !

assalamualaikum . . haha . . saya rasa sangat2 kelakar bila tengok si lelaki lama beno tengok perempuan yang cantik2 ! apa yang diorang fikirkan dalam hati eh bila nampak je perempuan cantik/cun/comel ?haha . . kalau kat sekolah , memang banyak je saya tengok si lelaki tengok perempuan kemain lama !

saya nak cadangkan kat anda semua , kalau nampak je lelaki tengok perempuan lama2 tak kisahlah sebab apa2 pun (tapi kena tanya dulu tau) atau kalau dia cakap sebab comel/cantik jom lakukan ni :
  • cucuk mata lelaki tu (kalau berani tanggunglah)
  • lempang dia
  • tolak muka dia ke tepi (ni pun ok je)
  • jentik mata dia
  • nasihatkan dia baik2 (inilah yang terbaik)


hahaha . . punyalah ganaskan ? kalau berani , buatlah ye . kalaulah korang cucuk mata lelaki tu , mesti dia jadi buta , mata dia mesti berdarah punya . haha . . idea tu tak berapa bagus . tapi , lebih bagus tak nampak , daripada mata ni bermaksiat !
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur:30)
Dari Jarir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu :
“Aku bertanya kepada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa ‘alahi wasallam tentang memandang secara tiba-tiba, maka Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa ‘alahi wasallam memberi perintah kepadaku : “Palingkanlah pandanganmu”. (HR. Muslim).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepada Ali Radhiyallahu Anhu, “Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya, karena yang pertama itu boleh (dimaafkan) sedangkan yang berikutnya tidak.” (HR. Tirmidzi dan Abu Dawu).
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (An-Nur:31)
oleh itu , jagalah pandangan ye . jangan suka2 je nak pandang ! nanti saya cucuk mata anda ! haha . . tapi , apa2 pun , jangan tak bersyukur sebab ada mata dan cakap "lebih baik tak ada mata daripada tengok benda bukan2" . sungguh mata itu kurniaan Allah , dan kita harus peliharanya . indah di mata , tak semestinya betul . ok , jom periksa iman ! :)
Share:

Sebelum Terlena . .

assalamualaikum . . hari ni saya nak kongsikan sebuah lagu yang sungguh syahdu nyanyian Hijjaz . saya tertarik dengan lagu ni sebab lirik dia yang sungguh syahdu . sebenarnya , lagu ni dah lama saya dengar , tapi dah lama jugak tak dengar . baru sekarang nak dengar balik .

ia berkaitan ngan mati jugak . kalau ingat mati ni kan , teringat jugak amalan kita . apa yang dah kita lakukan ?  apakah akan diterima Allah kelak ? apakah tempat abadi nanti akan kita tujui , adakah syurga , neraka ? adakah kita telah berusaha mengubah manusia kepada ketaatan kepada Allah ? adakah kita telah cuba menjadi insan bertaqwa ? adakah kita telah cuba mengubah diri ke arah kebaikan yang hakiki ? ya Allah , sungguh kami sangat2 lemah , hina , kerdil di sisi Mu . bantu kami untuk menjadi insan yang berusaha untuk meningkatkan iman kami . bantu kami untuk mengubah manusia untuk kembali taat kepada Mu . bantu kami dalam memperjuangkan Islam/Khilafah dan tabahkan kami serta kuatkan kami dalam menempuh kepelbagaian kerenah manusia . sungguh kami tidak mampu tanpa Mu , ya Allah yang Maha Agung .

Sebelum Terlena



Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu


Share:

21 July 2011

gambar 2

assalamualaikum . . update entry di pagi hari sebelum ke sekolah yang lagi berapa jam lagi nak mula . tapi , belum beli buku skrap , huh risau2 . . bilalah nak pi beli ni ? ada orang boleh tolong beli ? *saya tau , tak de punya . sebelum pergi sekolah , saya pasti akan beli .

ok , saya nak tunjuk lagi gambar yang menarik perhatian saya pada hari ni yang cerah . banyak gambar yang akan saya paparkan untuk tontonan anda . tema yang dalam gambar tu nanti merupakan tema yang sama iaitu splash , tak ada yang beza . dan setiap kali gambar2 yang saya paparkan merupakan gambar yang bertemakan sama dalam sesebuah entry yang bertajuk "gambar" . so , jom layan dan pilihlah gambar yang terbaik !


dan saya memilih gambar bawah ni sebagai gambar terbaik sebab nampak unik . . ikan masuk dalam mulut . yekksss !! haha , unik2 . lawa editan gambar ni !


Share:

19 July 2011

Khilafah merupakan fardhu yang paling agung !

assalamualaikum . . alhamdulillah , betul2 saya tak sangka . tapi saya betul2 yakin Allah bantu saya . dan alhamdulillah . . alhamdulillah , Allah bantu juga . ya Allah , maha suci Engkau yang telah mempermudahkan urusan hamba2-Mu . bahagianya :)

ok , hari ni saya tersangat2 suka dan gembira sebab apa yang saya rasa iaitu perasaan takut dan gementar telah hilang kerana Allah permudahkan urusan saya daripada masalah yang buruk . *panjangnya ayat ! belajar pun tenang je rasa . tapi , ada jugak masa untuk melukis . hehe . . ye la , tak de buat apa2 terus je la lukis sambil buat komik . huh ? komik ? ala , bukan komik yang teruk pun .

birthday saya dah 3 hari berlalu pun masih ada lagi yang ucap . haha . . bagus2 , dan terima kasih kepada anda semua yang baik hati . seperti yang korang tau , bulan sya'ban dah nak meninggalkan kita dan bulan ramadhan pula bakal menyusul . bestnya ! tak sabar nak hidup di bulan ramadhan . eh , hidup ?? hehe . . rindu amat kat bulan ramadhan . ok , entry pasal bulan ramadhan akan dibuat sehari sebelum ramadhan k . .

korang rindu akan Khilafah tak ? rindu akan syariat Islam tak ? rindu akan naungan rahmat Allah ke seluruh dunia ? rindu akan sistem Islam yang akan memerintah dengan adil ? kalau rindu , berjuanglah hingga ke saat nyawa terakhir untuk mengembalikan kehidupan Islam . alangkah besar dan berlipat gandanya pahala memperjuangkannya . subhanallah , hebatnya . saya menyeru kepada anda yang beragama Islam tak kiralah umur berapa , muda atau tua , marilah sama2 perjuangkan Khilafah kerana Khilafah merupakan fardhu yang paling besar .
“…para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) bersepakat pula bahawa kaum muslimin di seluruh dunia pada saat yang sama tidak dibenarkan mempunyai dua imam, baik keduanya sepakat mahupun tidak.” (Lihat Syaikh Abdurrahman Al Jaziri, Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416)
tanpa Khilafah , seluruh syariat Islam takkan terlaksana dengan sempurna . tanpa Khilafah , umat ini akan hidup dalam keadaan sengsara/menderita/terseksa seperti sekarang yang sungguh dalam keadaan mencengkam ! tanpa Khilafah , para pemimpin berlaku tidak adil dan mengkhianati rakyatnya bahkan mengkhianati Allah , Rasul kerana tidak menunaikan amanah yang telah Allah bebankan ke atas diri2 mereka untuk menjaga rakyat ! tanpa Khilafah , tidak ada lagi keamanan yang dirasai umat Islam bahkan umat Islam dibunuh sesuka hati oleh musuh2 Islam dan umat ini tidak ada siapa pun yang mahu bela .
 gambar hiasan

tanpa Khilafah , riba' , zina' , judi , dan maksiat2 yang lain menjadi berleluasa dan tidak ada pemimpin yang mahu membendung maksiat tersebut ! tanpa Khilafah , manusia bebas melakukan apa sahaja tanpa memikir halal dan haram ! tanpa Khilafah , umat Islam tidak memikirkan nasib umat Islam yang lain sehingga mengatakan " urusan aku adalah urusan aku . tak ada kaitan ngan kau , dan urusan kau adalah urusan kau . tak ada kaitan dengan aku " ! sungguh tidak kiralah siapapun umat Islam , di mana pun umat Islam , yang dinamakan umat Islam itu adalah bersaudara .
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]
tanpa Khilafah , aqidah umat Islam tidak terjaga maka jadilah banyak fahaman yang menyimpang ! sungguh dengan Khilafah sahaja aqidah umat Islam akan terpelihara dan seluruh manusia berasa aman dan sejahtera di bawah sebuah negara yang dinamakan Khilafah ! oleh itu , sama2lah kita perjuangkan Khilafah meskipun ada manusia yang tidak menyenangi . saya juga menjemput korang ke munaaqashah yang bakal diadakan ahad ni .

Share:

16 July 2011

16 julai 2011 yang hebat !


assalamualaikum . . eh ! kenapa ngan tarikh tu ? apa yang hebatnya ?
hehe . . tu hari lahir saya . hari ni la . . hehe . . alhamdulillah . .
dah genap umur 14 tahun . saya masih budak2 , saya tau !
tapi , saya tak suka orang cakap saya budak .
walaupun budak , tapi akal saya dah sempurna . dan pemikiran saya dah matang . jangan pandang rendah kat budak sekolah ye !

dah tua dah saya ni , dah semakin hampir dengan kematian . adakah dah cukup keimanan saya ni kepada yang Maha Esa ? terima kasih kepada mereka yang telah mengucapkan selamat hari jadi kepada saya . tapi , lain kali jangan ucap ye . dan ada juga manusia yang mendoakan saya dan menasihati saya sempena hari ni . terharu sangat ! :'(

tapi , yang paling best , seluruh dunia ucap happy birthday kat saya . .  "penipulah dia tu" . . tak2 saya tak tipu . . sebab apa saya kata seluruh dunia ? sebab memang betul . saya ada laman sosial tagged , fb hi5 dan lain2 . semua tu saya ada kawan daripada seluruh dunia . terharu . . lagi2 orang arab ucapkan . . maybe lebih 400 ucapan dan ke atas kot . .  haha . . *bangga jap na , jangan marah .
moga Allah meredhai dirimu , Shahidah
moga Allah permudahkan urusan semua umat Islam yang memperjuangkan Islam semata2 kerana Allah . dan moga Allah permudahkan urusan saya dan keluarga , tidak lupa juga bagi pembaca blog ni . amin . .
credit : flickr.com
Share:

09 July 2011

BERSIH : sungguh tidak bijak manusia yang tak berfikir !

assalamualaikum . . tadi saya , kakak2 , adik dan abah saya pergi rawang sebab nak amik kereta abah saya yang dah siap diperbaiki . punyalah jauhkan . . fuhhh !!! mujurlah nak pergi sana tak ada road block . tapi , waktu nak balik rumah , perghhh !!! ada tau . dah la satu jam lebih kena tunggu . menghangatkan je dalam hati ni , membara betul . teruklah manusia2 yang menjaga "keselamatan" rakyat tu ! konon je nak jaga jalan , tapi itu menyusahkan namanya ! orang nak cepat , dia lambatkan . tah2 , diorang tu solat ke tidak eh ??

bercerita pasal perhimpunan bersih yang dikatakan haram oleh pihak kerajaan , saya dengar kat tv , diorang cakap orang  yang sertai perhimpunan "haram" bersih ni adalah "puak pengacau" . siapa yang pengacau sebenarnya ek ? saya tengok "puak pengacau" yang pihak kerajaan dan media gembar-gemburkan tu buat demonstrasi secara aman jer ! bukannya ganas ! sebaliknya , yang ganas adalah pihak kerajaan yang bernama POLIS ! perghh !! kau ni kan , tak boleh ke tak sembur gas pemedih mata huh ??!! asyik2 nak kacau demonstrasi orang , penyibuklah kau ! orang2 yang berdemonstrasi buat secara aman , bila ada kau je, terus jadi huru hara tau !

ok , kerajaan cakap demonstrasi tu membuatkan negara ni jadi huru hara dan tak aman dan menjejaskan keselamatan negara . adakah betul itu ? saya tengok , biasa aja . yang memburukkan keadaan adalah pihak polis jugak . konon pihak media cakap pelancong rasa kurang selesa . haha . . lantaklah pelancong nak rasa apa pun . biak pi lah . . lagipun , keselamatan rakyat perlu diutamakan dahulu sebelum nak tengok keselesaan pelancong luar *dalam situasi ini je la ye . wehh !! saya rasakan , media punya liputan pasal ni kan , teramat2lah melucukan . yang paling melucukan adalah apabila diorang semua cakap pihak polis nak menjaga keselamatan awam dan perhimpunan bersih tu hanya menyebabkan negara menjadi huru hara . lawakkan ?? dengar2 kerajaan bagi stadium untuk diorang . tapi , betul ke ? *macam pelik je . .

wahai manusia yang berfikir , cuba bukak mata dan lihatlah siapakah yang membuat huru hara ni ? siapakah yang membuatkan kesesatan lalu lintas ? siapa ? huh ! fikir . sebelum tu , saya nak cakap . . entry ni lebih kepada perasaan marah tau . so , jangan marah saya . ni perasaan yang kurang enak !
  1. entry ni tak menyokong mana2 pihak , just nak bagi kesedaran
  2. nak bagi manusia fikir sikit , tak banyak mana pun
  3. so , baca betul2
  4. dan tak perlu nak bangkang hukum yang telah ditetapkan Allah !!! tak perlu nak martabatkan mana2 bangsa , kecuali nak martabatkan Islam !
tadi tengok berita , ayah saya cakap ada SB kat sana tu . diorang tu ada mestilah sebab nak tangkap orang nak bawak pi ke ISA . hmmm . . ada jugak peniaga tak puas hati sebab hari ni perniagaan diorang sangat2 merudum . kesian pulak tengokkan . salah siapa ? fikirlah sendiri ye . polis yang buat sekatan , sebab tulah tak de orang yang nak shopping kat sana .

lagi satu , hukum sesuatu demonstrasi adalah harus/mubah selagi mana tak ada dalil yang mengharamkannya . ia akan jadi haram apabila sebab2 berikut :
  • mempertahankan perlembagaan kufur/demokrasi
  • mempertahankan benda2 yang haram
  • membantah hukum2 yang telah ditetapkan Allah
so , fikir2kanlah bagi mereka yang mempunyai akal dan berfikir . saya hanya menyokong penegakkan sistem Islam , bukan sistem toghut buatan manusia ! kepada mana2 polis dan pihak kerajaan serta manusia yang menyertai perhimpunan bersih , bertaubatlah dan berjuanglah untuk mengembalikan kehidupan Islam dan menggantikan sistem kufur ini kepada sistem Islam . sama2lah kita hapuskan sikap taat kepada hukum kufur dan taatlah kepada Allah yang maha Agung ! ingat , Islam bukan hanya agama . Islam juga merupakan peraturan hidup . barangsiapa yang mengambil sistem selain daripada sistem Islam , maka tunggulah azab Allah ! say no to DEMOCRACY and yes to KHILAFAH !
"Sesungguhnya Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya" (QS. Ar-Ra'ad: 41)
"Apakah mereka mempunyai sesembahan-sesembahan selain Allah yang mensyari'atkan untuk mereka dien yang tidak diizinkan Allah?" (QS. Asy-Syuro: 21)
" Katakanlah : "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Robb selain Allah." (QS. Ali Imran: 64)

TERBARU



Demonstrasi Khilafah 2.0 berjaya bukan Bersih 2.0

ARRAYAH.INFO, Palestin, 8 Julai 2011 - Beratus-ratus orang umat Islam berkumpul berdemonstrasi di hadapan kawasan Kubah Emas Masjid al-Aqsa, Palestin pada hari Jumaat, 8 Julai 2011.

Mereka berkumpul berdemonstrasi di jalan-jalan Masjid al-Aqsa untuk mendesak mana-mana golongan pemerintah yang memiliki kekuasaan agar disegerakan penubuhan kembali Khilafah Islamiyah dan membuang jauh sistem sekular demokrasi.

Revolusi-revolusi yang berlaku di negara-negara Arab kini cuma hanya pertukaran kepimpinan sahaja, perubahan itu bukan sahaja menggantikan ketua rejim, tetapi ia akan berubah dengan sempurna apabila menggantikannya dengan sistem pemerintahan Khilafah Islamiyah.

Bukti-bukti kekalahan dan ketakutan pemimpin-pemimpin munafik dan thaghut apabila berlakunya kebangkitan umat sehingga sanggup menodai pemahaman nas berkenaan demonstrasi dengan menyimpang siurkan maksudnya, perbuatannya, kewajibannya atau keharamannya.

Malangnya umat Islam di dunia terutamanya di Malaysia masih tidak sedar bahawa pemimpin mereka sebenarnya sudah takut akan kehilangan kuasa mereka. Umat sudah mula menuntut kembali kekuasaan yang telah dirampas dari mereka. Kerana daripada umatlah mereka memiliki kekuasaan.

Usaha untuk mempertahankan sisa-sisa kekuasaan yang ada, seluruh kekuatan polis dan tentera dikerahkan oleh para penguasa zalim ini untuk membantai rakyat yang melakukan protes terhadapnya. Kini, senario yang hampir sama sudah boleh disaksikan di Malaysia.

Sabda Rasulullah SAW,
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam (perkara) memaksiati Allah” [Hadis Riwayat Ahmad].

Sabda Rasulullah SAW,
“Jihad yang paling afdhal adalah menyuarakan yang haq di hadapan pemerintah yang zalim” [Hadis Riwayat an-Nasa’i].

Tembok ketakutan terhadap rejim zalim yang sekian lama berkuasa, menyeksa, memenjara dan menghalang aspirasi politik umat Islam, sudah mula dihancurkan.

Alangkah baiknya, jika demonstrasi itu, mereka alihkan usaha untuk dirikan Institusi pemersatu umat iaitu Khilafah Islamiyah.

Demonstrasi aman (masirah) ini memang dibenarkan dalam Islam, namun lihatlah kepada perkara atau ‘tuntutan’ di dalam demonstrasi yang ingin kalian lakukan.

Sekiranya tuntutan yang kalian ingin suarakan adalah bertepatan dengan Islam dan sesuai dengan kehendak Allah, maka silalah berbuat demikian, semoga Allah bersama kalian dan semoga Allah memakbulkan tuntutan kalian.

Insya ALLAH, Khilafah semakin dekat untuk berdiri. [credit : abu idris]

Share:

08 July 2011

jom gempakkan !

alhamdulillah , selamat pulang ke rumah setelah 2 hari kat Perak untuk merehatkan minda . . hehe . . kalau cuti panjang konfem tak dapat bercuti balik kampung . hanya cuti Sabtu Ahad je dapat . sebab apa ? sebab ayah saya kerja . tak dapatlah nak mintak cuti . ayah saya pekerja yang bagus tau ! :)

ok , pemberitahuan penting ni . kepada muslimah mahupun wanita non-muslim , jomlah gempakkan seminar yang dianjurkan oleh MHTM ( Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia ) dan Khilafah Centre nanti . ajaklah ramai2 ye .


Share:

05 July 2011

cantiknya wanita yang solehah

ok , assalamualaikum . . hari ni saya nak update blog . saya dah tukar nama blog tau . dah jadi warna biru2 gitu . . hehe . .

hari ni nak cakap sesuatu yang berkaitan dengan gambar yang hebat ! hebatkah ? mungkin . . cuba korang tengok fb korang , ada tak korang kawan dengan orang yang berniqab ? mesti ada kan ? berapa banyak ? 100 ? 200 ? 300 ? perghh !!! sekarang , kat fb dah berlambak orang letak gambar pakai niqab ! apakah dek kerana propaganda daripada orang2 yang berniqab atau diorang memang nak tutup muka yang cantik ?

ada yang tonjol mata . perghhh !! cantik memang cantik , tapi perlu lihat juga mata2 yang memandang mata anda . maka , ada lelaki yang komen kat gambar orang yang berniqab sampai cakap orang tu solehah . hebatkan ? adakah dengan hanya memakai niqab , seseorang itu dikira solehah ? dan kalau berniqab , tapi menonjolkan kecantikan dua biji mata kepada lelaki ajnabi sehingga menyebabkan tidak dapat menahan pandangan sambil memuji-muji kecantikan wanita tersebut , adakah itu tidak dikira berdosa ?

kadang2kan , saya tengok orang yang berniqab ni nak menunjuk-nunjuk kecantikan diorang , tapi tak semua niqabis ok ! ada yang betul2 niat nak tutup aurat , dan ada jugak saja2 pakai sebab nak nampak cantik , nak orang puji . melalui penelitian/pengkajiaan saya , orang yang berniqab ni , ada yang pakai kanta lekap siap bewarna lagi tuh ! bagi saya kan , orang yang pakai kanta lekap yang bewarna tu , mata tu tak asli la warna dia . tak usah nak pakai kanta lekap yang bewarna untuk tunjukkan mata tu cantik . asli lebih cantik ok .

saya bukan nak memburukkan niqabis , saya just nak nasihatkan supaya berjaga2 dalam nak letak gambar dekat laman sosial ni . lagipun kan , kata je suruh lelaki tundukkan pandangan . tapi still letak gambar diri sendirir yang lawa2 . mana taknya lelaki akan tengok je sampai tak boleh lekang kat kepala . bahaya kan ?
saya sangat2 kagum dengan niqabis yang jaga batas2 , yang jaga wajahnya . sangat2 kagum . .
seseorang yang bertaqwa bukan dilihat daripada pakaiannya , bukan juga lain2nya . tapi dilihat daripada kesungguhannya mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya . saya juga nak nasihatkan kepada para wanita yang "memperdagangkan" gambar2nya dikhalayak ramai agar berhati2 dengan dunia sekrang ni . lelaki , dia sukar nak tundukkan pandangan bila nampak perempuan cantik . hanya lelaki bertaqwa je yang dapat tapis penglihatan yang bukan miliknya . perlu diingat juga , perempuan pun perlu tundukkan pandangan .

yang ni memang niqabis tegar ! :) credit : http://www.flickr.com/

ada yang cakap pakai niqab ni wajib . ada yang kata tak wajib . terpulanglah dengan pendapat masing2 dalam bab ni . sebab dua2 pendapat memang boleh diterima. dan ada yang cakap kalau niqab ni wajib , maknanya dosalah perempuan2 yang lain . huh !terpulanglah dengan pendapat masing2 .

memang tak dapat dinafikan , sejuk je mata memandang wanita yang menutup aurat serta wanita yang berniqab . dan mata akan sakit tengok wanita yang tak tutup aurat malah seksa mata memandang ! tapi , perlu difahami , setiap manusia mempunyai peranan masing2 untuk tundukkan pandangan . so , bekerjasamalah dalam mencegah maksiat yang akan dilakukan oleh mata !

gambar hiasan sahaja . credit : http://www.flickr.com/

p/s : jaga diri , iman . . jaga mata jugak .
Share:

Chat with me