18 April 2011

kawan oh kawan

assalamualaikum . . tadi kan kan , waktu nak datang sekolah , tiba2 . . . seorang hamba Allah tarik tangan saya tanpa saya sedari siapakah dia . rupa2nya kawan saya . dalam hati saya tertanya2 , "kenapa tiba2 je tarik tangan aku ni ??" rupanya dia nak tanya soalan . hah ! dah agak dah . kalau tak , tak mungkin akan tiba2 je kan kan . hmmm . . . dia tanya boleh tak kalau lelaki pegang perempuan atau perempuan pegang lelaki tapi pakai sarung tangan . saya cakap , kalau tak sengaja tak apa la .

lepas tu dia tanya lagi . kalau dia saja2 je pegang boleh ? lepas tu saya tanya balik kat dia . buat apa nak pegang ? dia cakap yang dia tak tau . hah ! saya cakaplah , mestilah kena ada sebab kenapa nak pegangkan kan . so , kesimpulannya , saya cakap kat dia , tak boleh . lepas tu , habislah sudah . . kami pun beredar . .

lepas dah habis tu kan kan , kawan saya yang lain(kawan rapat) cakap yang bf kawan saya tadi tu tanya siapa nama saya . =.="
saya tanya kat kawan rapat saya tu , buat apa dia tanya . baik2 dia tak tau , ni jadi tau pulak . habislah !!! dahlah setiap kali dengar nama bf dia tu atau nampak bf dia tu saya nak tergelak , tak tau la kenapa . lucu ke ? tak tau la .

saya tak suka kalau nampak ada budak berdating2 ni . sakit mata !!! lagi2lah kalau diorang dating dekat dengan tempat yang saya n kawan2 saya duduk !!! mengganggu ketenangan mata !!! saya ingatkan dia tak couple , tak sangka pulak dia couple . apa nak jadi ni ??? =.="

nak je saya cakap ngan dia " bukan setakat tak boleh pegang2 je , duduk dekat2 pun tak boleh la kawan . " tapi , macamana saya nak mulakan percakapan saya eh ? saya tak nak dia terasa . tapi , biasalah , setiap sesuatu yang kita suka , tiba2 orang tegur benda tu salah , mestilah kita akan rasa sakit hati walaupun sikit .

tak pe2 , insyaAllah saya tau la nak cakap macamana . insyaAllah . . :)

dalam hidup ni pasti akan ada banyak ujian yang akan menimpa kita . tak sekarang , mungkin nanti kan kan ? walau apa pun , perlu hadapi dengan tabah dan sabar . kalau kita ada masalah apa2 pun , janganlah sombong , doalah kepada Allah . doalah . abah saya selalu suruh doa , doa dan doa .

lambat atau cepat , Allah pasti makbulkan . ataupun Allah akan bagi dengan yang lebih baik . sabarlah , jangan putus asa . doa dan terus doa . mesti sangka baik dengan Allah . :)

ada serangkap pantun yang saya reka sendiri :
selesai sudah saya berkata-kata ,
hati senang senyum sentiasa ,
jangan lupa untuk berdoa ,
Allah sentiasa mendengar doa kita .

pantun ke ni ? hehe . . saya suka buat pantun , walaupun tak berapa nak pandai buat pantun . . :D
Share:

5 manusia berfikir:

  1. hmm, bese dah tgk org pegang2.. mcm normal je sume tu... :( sedih jugak la kan..

    ReplyDelete
  2. Siti Aziz : hmmm . . jahil ?? hmmm . .

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    Sistem yang wujud sekarang telah menghalang manusia supaya berfikiran matang w/pun usia mereka sudah jauh dewasa. Cubalah diselidiki perkataan dan cerita2 harian kehidupan org2 Melayu, tidak lebih menyentuh tentang hal2 dunia yang rendah sehingga tiada kaitan dengan soal keimanan untuk hidup! Kelompok2 ni pusing2 cerita tetap kepada cerita yang membodohkan fikiran. Apatah lagi budak2 sekolah sekarang. Dari Ali r.a. beliau telah berkata bahawa aku dengar Rasulullah saw bersabda,`Akan datang diakhir zaman, satu kaum org2 muda yang masih belum mumaiz (AlAsnaan), berfikiran dungu dimana mareka hanya berkata kebaikan perkataan makhluk (AlBariyyah). Mereka keluar daripada islam sebagaimana meluncurnya anak panah dari busarnya. Tidak mereka melepasi iman2 pada kerongkong mereka. Maka dimana2 jua kamu jumpa mereka, maka kamu bunuhlah mereka dan pembunuhan mereka adalah diganjarkan sehingga hari kiamat`. Riwayat Bukhari dan Muslim.
    Maknanya, cuma nak cakap bahawa tiada apa sumbangan berguna langsung pada dunia Islam malah dapat pula pahala. kelompok ini berkumpul dgn kelompok mereka sehinggalah perangai sama saja di bumi Malaysia. Surah AlAnfaal:37وَيَجۡعَلَ ٱلۡخَبِيثَ بَعۡضَهُ ۥ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ فَيَرۡڪُمَهُ ۥ جَمِيعً۬ا "Dan menjadikan [golongan] yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya ditumpukkan-Nya," Kalau dibandingkan dlm pemerintahan Daulah Islamiah, Saidayina Aisyah r.aha. menjadi mufti dan ahli majlis syura dalam belasan tahun. Begitu juga dgn Muhamad Alfateh memimpin angkatan tentera menakluki Istanbul dlam usia 19 tahun. Malah melahirkan ramai golongan muda yang berpandngan jauh. Wallahualam

    ReplyDelete

Chat with me