16 April 2011

lagu arab best !

assalamualaikum . . selamat berpagi2 pada pagi Sabtu ni . alhamdulillah , pagi ni sejuk2 je sebab tadi hujan rintik2/gerimis . . anak buah pun duduk main2 je . dia jalan sini , jalan sana . memang tak boleh duduk diam2 . biasalah budak2 , apa tau kan ? :D main je la yang dia tau . .

sekarang ni kan kan . . mungkin sejak 2 , 3 hari ni saya suka sangat2 dengar lagu yang berbunyi dalam bahasa arab , tak kiralah nasyid atau pun tak . walaupun tak faham , tapi saya suka sangat2 dengar . banyak kali ulang dengar . tapi2 , saya tau , lagu tu memang lagu jiwang (x semua) . saya tetap suka . dia punya muzik , rentak , irama dan suara memang sedap . macam lagu dalam blog saya ni . . memang salah satu fav lagu arab la :D
penyanyi dia Haifaa Wahby/Haifa Wehbe . siapa yang tak kenal tu , sila taip kat google , nescaya anda akan nampak gambar dia yang seksa tu . =.="

banyak lagi lagu yang best2 . nak tau ? sila la search lagu2 arab kat youtube or kat mana2 je . jom tengok gambar beberapa artis arab jap ye . . .

yang sebelah kiri tu Haifa Wehbe n yang pakai baju serba hitam merah tu Layal Abboud

perempuan arab memang muka dia menawan . muka seksi gitu . hahaha . . kening memang cantik !! mata pun !! saya nak bagi korang dengar satu lagu layal abboud ni . ni lagu dia yang paling saya suka . . nak dengar ? jom dengar . . :D



 
lagu tu tentang dia jadi halimunan . tah la , saya tak berapa faham sangat . mungkin sebab dia nak tarik perhatian buah hati dia . mungkin la . saya tak faham . tapi , ada kaitan la dengan halimunan . 
suara diorang memang sedap . saya jeles sebab diorang orang arab . haha . . sebenarnya saya jeles akan orang2 yang pandai b.arab . saya pun nak fasih berbahasa arab !!! :D
ni pulak , Amal Hijazi


muka diorang hampir sama . susah nak cam . memang lawa2 . . k ,tu je nak cakap . kalau nak dengar lagu diorang , sila taip kat youtube :D
Share:

6 manusia berfikir:

  1. Assalamualaikum wbt
    Dalam mukadimah tafsir AlQurthubi m/s 12 (Tabiah Darulsyuib AlMasriyyah) Rasulullah saw bersabda `Sesungguhnya pada lagu nada menaik (AtTarji`) dan suara menurun (AtTatrib) bukanlah dari lagu2 Arab dan suara2nya. Awasilah kamu akan lagu2 ahli fasiq dan ahli dua kitab itu (Yahudi dan Nasaro). Akan lahir selepas ku nanti, satu kaum dimana mereka mentarji` dgn AlQuran menaikkan suara dan teriakan. Tidak mereka melepasi kerongkong, memfitnahkan (lalai dan kufur) jantung2 mrk dan menakjubkan jantung2 org yg mendengarkannya.
    Suara atau lagu org2 arab adalah senada asalnya, adapun yg berirama naik dan turun suara itu bukanlah suara Arab. Tetapi apabila telah berlalu jangkaumasa yg panjang, perkara2 itu telah diserap masuk dlm kebudayaan Arab sehingga golongan artis ini akan mengembara dari satu tempat ke tempat yg lain mengkufurkan manusia! Surah Al Syuaraa:21-25هَلۡ أُنَبِّئُكُمۡ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَـٰطِينُ (٢٢١) تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ۬ (٢٢٢) يُلۡقُونَ ٱلسَّمۡعَ وَأَڪۡثَرُهُمۡ كَـٰذِبُونَ (٢٢٣) وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلۡغَاوُ ۥنَ (٢٢٤) أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِى ڪُلِّ وَادٍ۬ يَهِيمُونَ (٢٢٥) وَأَنَّہُمۡ يَقُولُونَ مَا لَا يَفۡعَلُونَ Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? (221) Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, (222) Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. (223) Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. (224) Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? (225) Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? Wallahualam

    ReplyDelete
  2. sy pon nak pndai ckp b.arab jugak!! =.='

    ReplyDelete

Chat with me